Artikel: merancang perkahwinan dengan bajet yang rendah, Cara ke-3

Merancang perkahwinan adalah sesuatu yang sangat mengujakan dan memeritkan bagi sesetengah mereka yang pernah mengalaminya. Bagi mereka yang merancang perkahwinan dengan bajet yang besar mungkin tidak terasa bebanan tersebut. Jikalau anda kurang wang simpanan tapi inginkan perkahwinan yang indah maka terdapat beberapa cara yang dapat anda kurangkan di dalam kos anda yang mungkin anda boleh lakukannya sendiri. Dengan mengadakan perancangan yang terperinci dan berbelanja mengikut bajet dapat mengurangkan perbelanjaan anda yang berlebihan sekaligus anda dapat mempunyai perkahwinan yang indah dengan hanya bajet yang rendah.


Cara yang 3 dari 3:
#Lakukan segala yang boleh dengan sendiri
Lihat cara 1
Lihat cara 2

Tidak perlu terlalu formal pada majlis perkahwinan anda biar santai yang penting meriah dan penghujungnya tidak tertekan dengan perbelanjaan, asalkan bersederhana mengikut kemampuan.

Pilihlah lokasi yang percuma

1.1 Berbanding untuk perlu berbelanja bagi menyewa bilik, hall, atau outdoor space untuk majlis perkahwinan anda, pertimbangkan untuk mengadakan majlis anda di kawasan yang percuma. Sebagai contoh di belakang rumah anda jikalau anda berada di kampung pasti menarik dengan pemandangan sawah padi tambahan jika kalau ada sungai di situ. Fikirkan tentang ahli keluarga ataupun rakan dan senaraikan list diantara mereka yang mempunyai outdoor space. Jikalau anda perlu membayar sewa kepada mereka, semestinya tidak terlalu mahal berbanding dengan tempat yang commercial.

1.1.1 jikalau anda melakukan majlis perkahwinan di outdoor pastikan anda mempunyai pelan susulan terutamanya jika keadaan cuaca yang tidak menentu seperti hujan.

1.1.2 jikalau anda menggunakan outdoor space yang bukan dari kenalan atau ahli keluarga, anda boleh kata seperti ini “saya dan pasangan betul-betul ingin menjaga bajet kami kerana tidak terlalu besar, laman rumah anda kelihatan begitu cantik. Bagaimana pada pendapat anda jikalau kami boleh menggunakan ia untuk kami lakukan majlis perkahwinan di tempat tersebut?”

Pilihlah fotografer yang sesuai dengan bajet anda

2.1 berbanding perlu membayar lebih untuk professional photographer untuk mengambil gambar pada majlis perkahwinan anda, pertimbangkan untuk bertanya kepada rakan ataupun ahli keluarga untuk membantu mengambil gambar sebagai kenangan pada majlis perkahwinan anda nanti. Galakkan mereka untuk mengambil gambar perkahwinan anda dan dikongsi menggunakan file dan di letak pada website. Ini sedikit sebanyak dapat menjimatkan anda untuk mencetak kesemua gambar sekaligus memudahkan perkongsian.


2.1.1 penggunaan website seperti Google foto boleh dilakukan secara percuma secara tidak langsung anda boleh membuat album khas untuk majlis angkat nikah bersanding majlis potong kek majlis khatam al-quran dan sebagainya.

Kira dengan betul untuk jemputan tetamu ke majlis perkahwinan anda

3.1 berbanding untuk anda membayar pereka atau mencetak senarai kad tetamu jemputan, pertimbangkan untuk mereka boleh anda sendiri. Jikalau anda tidak terlalu kreatif dalam menatarias kat jambatan tersebut jangan risau kerana banyak website atau rujukan di Internet yang anda boleh ambil idea dalam menghias kan kad jemputan majlis perkahwinan anda tersebut.

Masak di majlis perkahwinan anda sendiri

4.1 katering dan kos makanan boleh menjadi yang paling mahal pada setiap majlis perkahwinan. Jikalau anda tidak mahir dengan selok-belok memasak, lihat di dalam keluarga yang dapat membantu dan bersedia menghulurkan tangan. Jikalau Tiada seorang pun di dalam keluarga yang dapat membantu memasak pada majlis perkahwinan anda, carilah mana-mana sekolah masakan yang dapat menyediakan pada majlis perkahwinan anda pada harga yang jauh lebih murah.

Pinjam pada rakan anda untuk sistem stereo terutamanya pada majlis persandingan anda nanti

5.1 berbanding anda perlu menyewa peralatan muzik, tanya di sekeliling anda seperti keluarga ataupun rakan sekelas mereka mempunyai sound system yang anda boleh sewa atau pun pinjam dengan percuma. Jikalau tempat majlis perkahwinan anda itu agak sederhana, anda tidak memerlukan gred yang terlalu bagus untuk sound system dalam memainkan sebarang lagu pada majlis perkahwinan anda.

Tidak perlu kelihatan begitu formal pada majlis perkahwinan anda terutamanya pada majlis persandingan

6.1 secara tradisinya majlis perkahwinan dihidangkan dengan cara duduk di setiap meja, berbanding anda perlu membayar dengan mahal untuk katering pertimbangkan untuk majlis persandingan yang kurang formal seperti buffet style berbanding makanan perlu dihidang di meja setiap para tetamu yang berkunjung. Ini dapat membantu memotong dengan banyak harga yang terlalu mahal jikalau perlu dihidang ke setiap meja pada majlis perkahwinan anda itu nanti.