Baju pengantin menggunakan manik, labuci dan sulaman
Segala jenis fabrik untuk baju pengantin boleh dihiaskan dengan manik labuci mahupun dilakukan sulaman.
Jenis motif dan dekorasi pada fabrik amat besar dan tiada limitasi. Diperlihatkan terutamanya pada majlis perkahwinan pakaian untuk kaum India kebanyakan mereka lebih gemar menggunakan fabrik yang berwarna terang kemudian dihiaskan dengan sulaman warna emas ataupun silver, jahitan manik, jahitan labuci, penggunaan kristal pelbagai saiz dan juga potongan cermin di setiap motif yang mempunyai unsur-unsur budaya India. Di sebelah barat penggunaan jahitan mutiara, jahitan kristal dan manik juga sulam selalu digunakan dalam menghiasi setiap rekaan baju kahwin.
Jenis motif dan dekorasi pada fabrik amat besar dan tiada limitasi. Diperlihatkan terutamanya pada majlis perkahwinan pakaian untuk kaum India kebanyakan mereka lebih gemar menggunakan fabrik yang berwarna terang kemudian dihiaskan dengan sulaman warna emas ataupun silver, jahitan manik, jahitan labuci, penggunaan kristal pelbagai saiz dan juga potongan cermin di setiap motif yang mempunyai unsur-unsur budaya India. Di sebelah barat penggunaan jahitan mutiara, jahitan kristal dan manik juga sulam selalu digunakan dalam menghiasi setiap rekaan baju kahwin.
Manik adalah mempunyai bentuk juga berserta dengan lubang ditengah untuk benang melaluinya, ia terdapat dalam pelbagai saiz dan warna.
Labuci pula adalah berbentuk leper dan mempunyai lubang ditengah untuk benang melaluinya kebiasaannya diperbuat daripada plastik ataupun besi. Ia terdapat dalam pelbagai jenis warna dan bentuk dan ada di antaranya mempunyai pelbagai muka untuk memantulkan cahaya. Labuci boleh dijahit secara rata pada fabrik atau dijahit pada satu tempat supaya ia berjuntai.

Isi Kandungan >
Berikut adalah jenis-jenis manik:
Manik berbentuk bulat – Round Beads
Diperbuat daripada jenis kaca, plastik atau besi tapi jenis manik yang diperbuat dari batu, tulang, tanduk, kerang, kayu dan mutiara juga boleh didapati.
Manik jenis silinder – Narrow Tubes
Atau dikenali sebagai Narrow Tubes boleh didapati dalam pelbagai saiz panjang. Kebanyakan juga boleh didapati dalam pelbagai colour atau jenis jernih. Ia juga boleh digunakan dalam pelbagai cara seperti jahitan manik bermotifkan geometri.
Kristal atau dikenali sebagai Diamante
Dapat diperolehi dalam pelbagai jenis warna dan saiz. Jenis ini kebanyakannya mempunyai efek cermin untuk memantulkan cahaya.
Manik air jatuh atau dikenali sebagai Drop Beads
Kebiasaannya berbentuk seperti buah pear, dan mempunyai lubang di kedua bahagian atas dan bawah ada juga manik seperti ini lubangnya di bahagian kanan dan kiri.
Berlian buatan atau dikenali sebagai Rhinestones
Kebiasaannya boleh didapati dalam bentuk bulat dan mempunyai mangkuk yang diperbuat daripada besi. Terdapat juga lubang di bahagian bawah mangkuk tersebut terutamanya di bahagian penjuru. Jika anda ingin menggunakan manik jenis ini dicadangkan untuk mencari mangkuk tersebut jenis stainless steel agar maniknya tidak memberi kesan karat pada baju yang telah dijahit.
Manik jenis beras
Ada juga yang dipanggil manik bijih tapi ramai panggil manik ini dengan panggilan seed beads. Ia adalah manik bulat dan halus kebiasaannya diperbuat daripada jenis kaca yang di warna.
Berikut adalah jenis-jenis labuci:
Labuci mangkuk / Cups
Berbentuk bulat dan di tengahnya tenggelam seperti mangkuk, sini sini dapat membantu untuk memantulkan cahaya dan ia mempunyai lubang di bahagian tengah.
Labu chirata / Flat
Ia adalah berbentuk bulat dan leper, ia juga mempunyai lubang di bahagian tengah.
Labuci kilauan / Paillets
Ia berbentuk bulat besar dan leper dan mempunyai lubang hampir dibahagian hujung memudahkan ia untuk tergantung berjurai.
Labuci berbentuk / Shaped
Kebanyakannya boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti bunga bintang hexagon snowflake dan dapat diperolehi dalam pelbagai jenis material dan saiz.