Merancang perkahwinan dengan bajet yang rendah, Cara ke-2

Perincian jahitan manik pada baju kahwin amat memberi kesan kepada harga akhir penyiapan baju pengantin tersebut.

Merancang perkahwinan adalah sesuatu yang sangat mengujakan dan memeritkan bagi sesetengah mereka yang pernah mengalaminya. Bagi mereka yang merancang perkahwinan dengan bajet yang besar mungkin tidak terasa bebanan tersebut. Jikalau anda kurang wang simpanan tapi inginkan perkahwinan yang indah maka terdapat beberapa cara yang dapat anda kurangkan di dalam kos anda yang mungkin anda boleh lakukannya sendiri. Dengan mengadakan perancangan yang terperinci dan berbelanja mengikut bajet dapat mengurangkan perbelanjaan anda yang berlebihan sekaligus anda dapat mempunyai perkahwinan yang indah dengan hanya bajet yang rendah.

Cara yang 2 dari 3:
#TENTUKAN PERBELANJAAN ANDA
Lihat cara 1

Kurangkan kos anda perkahwinan anda

1.1 Dapatkan pakaian yang lebih murah.
1.1.1 tahukah anda pakaian pengantin akan mempeKurangkan kos andangaruhi sebahagian jumlah yang paling besar dalam menentukan bajet perkahwinan anda? Cari pakaian pengantin yang telah dijahit siap yang berada di kedai berbanding yang ditempah mengikut citarasa anda. Antara tips lain juga, jikalau anda inginkan baju secara percuma cuba untuk bertanyakan kepada keluarga atau sanak saudara mahupun rakan rapat anda sama ada baju perkahwinan mereka terdahulu masih lagi dalam keadaan yang baik. Anda boleh meminta untuk meminjam atau beli secara terus pada mereka dan mungkin anda boleh mendapatkan dengan harga yang lebih murah berbanding harga yang dijual di kedai. Namun jika anda berpendirian untuk menempah baju kahwin tersebut di kedai, pastikan penggunaan fabrik perincian seperti Tempahan Manik dan sebagainya dalam keadaan minimal bagi mengurangkan setiap kos.
– tempahan pakaian kahwin secara purata adalah serendah RM1200

Upah atau ambil tempahan pada kenalan anda untuk majlis perkahwinan.

2.1 jurugambar dan tukang jahit dapat menaikkan kos untuk perkahwinan anda, fikirkan rakan yang dapat memenuhi setiap jawatan untuk majlis perkahwinan anda yang tidak keberatan untuk menawarkan pada harga diskaun. Dalam membantu melengkapkan segala persiapan juga, anda boleh mengalukan bantuan daripada sanak saudara dalam menyiapkan segala yang perlu sepanjang persiapan majlis perkahwinan. Seperti menyiapkan gift kepada pengunjung.

Beli bunga pada harga pukal.

3.1 daripada anda membayar kepada juruhias bunga untuk mendapatkan semua kelengkapan bagi penyediaan meja tetamu mahupun hantaran anda, anda boleh membeli sendiri bunga yang telah dibeli secara pukal dan diberikan kepada juruhias bunga ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan kos dan anda sekaligus dapat menentukan sendiri bunga yang anda ingini.

Tetapkan majlis perkahwinan anda secara kecil dan sederhana.

4.1 berbanding mendapatkan kain untuk baju perkahwinan anda yang mahal dan banyak, ubah pandangan anda kepada minimalis tetapi kemas terutamanya jahitan manik pada baju kahwin. Sentiasa membuka minda dan bersedia untuk bertolak ansur dengan kualiti untuk beberapa bahagian bagi memastikan kos baju kahwin anda turun. Berbincanglah dengan pasangan anda dan bertukar buah fikiran agar anda kekal realistik.

Elak untuk mengikuti cara tradisi yang sering dilakukan dengan memberi gift selepas tetamu hadir majlis perkahwinan anda.

5.1 kebiasaannya para pengantin akan menerima pemberian hadiah daripada tetamu yang hadir pada majlis tersebut. Ini sangat bagus namun cuba untuk elak tradisi untuk memberi buah tangan kepada pengunjung yang hadir pada majlis perkahwinan anda. Jikalau pemberian buah tangan kepada tetamu tidak boleh di elakkan, ikhtiar untuk mencari pada harga murah dengan membeli pada harga pukal. Ini sedikit sebanyak dapat memberikan anda pada harga yang murah dan dapat memastikan bajet tersebut mengikut pelan yang telah dirancang.
5.1.1 buah tangan untuk para pengiring wanita, anda boleh memberi barangan yang mampu milik seperti buku bunga ataupun kad sebagai tanda terima kasih kepada mereka.
5.1.2 buah tangan yang murah juga bagi pengiring lelaki boleh diberikan seperti tanda nama pada bag luggages, sapu tangan dan sebagainya yang lebih murah dan berbaloi.