Merancang perkahwinan dengan bajet yang rendah, Cara 1

Merancang perkahwinan adalah sesuatu yang sangat mengujakan dan memeritkan bagi sesetengah mereka yang pernah mengalaminya. Bagi mereka yang merancang perkahwinan dengan bajet yang besar mungkin tidak terasa bebanan tersebut. Jikalau anda kurang wang simpanan tapi inginkan perkahwinan yang indah maka terdapat beberapa cara yang dapat anda kurangkan di dalam kos anda yang mungkin anda boleh lakukannya sendiri. Dengan mengadakan perancangan yang terperinci dan berbelanja mengikut bajet dapat mengurangkan perbelanjaan anda yang berlebihan sekaligus anda dapat mempunyai perkahwinan yang indah dengan hanya bajet yang rendah.

Jahitan manik amat sesuai dan sangat dicadangkan pada baju pengantin bagi menimbulkan seri namun disarankan agar tidak berlebihan, less is more.

Cara yang 1 dari 3:

Tentukan perbelanjaan anda

1. Membuat keputusan bagaimana anda akan membayar setiap kos untuk majlis perkahwinan tersebut.
– membuat keputusan siapa yang akan membayar dan berapa jumlah anda berdua mampu untuk berkongsi. Berbincang dengan sanak-saudara sama ada mereka juga boleh turut serta.

1.1. Bagi sesetengah keluarga ibu bapa mereka sanggup mengambil peratusan yang paling besar untuk perbelanjaan perkahwinan tersebut.
1.2 jikalau anda ingin berbincang dengan keluarga berkenaan derma, anda boleh mula untuk bercakap seperti berikut “mak seperti yang mak tahu perkahwinan saya akan tiba tidak lama lagi, Saya harap kalau mak boleh beritahu berapa jumlah mak dan ayah nak sponsor. Saya cuma ingin merancang perbelanjaan agar tidak terlebih”
-cara yang terbaik dalam belanja agar tidak berlebihan bagi majlis perkahwinan anda adalah dengan menetapkan bajet dan cuba tidak tergelincir dari perancangan asal. Bincang dengan pasangan anda berkenaan berapakah yang mereka ada dan sudi untuk berkongsi. Setelah anda berdua mendapat capai kata sepakat untuk perbelanjaan keseluruhan, anda mempunyai panduan yang lebih cerah berkenaan berapa bajet perkahwinan tersebut sebenarnya perlukan.

Tetapkan belanjawan untuk perkahwinan tersebut.

-cara yang terbaik dalam belanja agar tidak berlebihan bagi majlis perkahwinan anda adalah dengan menetapkan bajet dan cuba tidak tergelincir dari perancangan asal. Bincang dengan pasangan anda berkenaan berapakah yang mereka ada dan sudi untuk berkongsi. Setelah anda berdua mendapat capai kata sepakat untuk perbelanjaan keseluruhan, anda mempunyai panduan yang lebih cerah berkenaan berapa bajet perkahwinan tersebut sebenarnya perlukan.

Catatkan kos untuk setiap perbelanjaan

– adalah amat penting untuk mengenalpasti setiap ringgit yang dikeluarkan dan sama ada anda terkeluar dari bajet yang telah dibuat.  Antara bajet yang penting perlu diambil kira bagi majlis perkahwinan anda adalah makanan pakaian hiasan pelamin hiburan seperti muzik dan karaoke semasa perkahwinan nanti dan pengambaran gambar. Selepas anda mendapatkan jumlah tersebut tambahkan 5 peratus untuk anggaran lebihan yang mungkin akan berlaku yang tidak dikira.
– masukkan kos untuk bulan madu anda juga

Kurangkan bilangan jemputan untuk ke majlis perkahwinan anda.

– lebih ramai jemputan yang dipanggil maka anda akan berbelanja lebih untuk keseluruhan perkahwinan tersebut. Jemputlah rakan-rakan dan ahli keluarga yang terdekat bagi mengurangkan perbelanjaan. Sebaiknya jemput hanya mereka yang anda amat rapat.
– dalam anda menyediakan bajet untuk perkahwinan anda anda perlu menghubungi mereka yang menyediakan perkhidmatan untuk mendapatkan quotation berkenaan perbelanjaan tersebut. Disamping menghubungi secara atas talian untuk mendapatkan quotation, anda digalakkan untuk meluangkan masa dan berjalan dan melihat sendiri mana-mana kedai yang menyediakan tawaran pada harga yang terendah. Lihatlah promosi ataupun potongan harga dan yang paling penting sekali sila baca review daripada pelanggan yang telah membeli daripada mereka untuk anda lebih mudah memahami setiap penyedia perkahwinan tersebut.
–  penyedia perkahwinan adalah termasuk tukang jahit baju perkahwinan tukang ambil gambar katering dan ahli muzik untuk hiburan pada hari perkahwinan anda nanti.

Berbelanja berdekatan dengan anda bagi memudahkan anda melihat dah lebih kerap ketika membuat belanjawan.