Skip to content

Servis

Sulaman Kerawang

Serikan rekaan idaman anda dengan menambahkan Sulaman Kerawang sebagai perincian.
Lebih tradisonal dan Esklusif juga menarik perhatian mata yang memandang.

Sulam menggunakan rum cina

Inginkan perincian klasik?

Ramai pelanggan kami meminati seni sulaman ini, walaupun nampak klasik namun ia sangat cantik dan berseni. Berbanding dengan manik, kilauan manik memang menarik perhatian tatapi setiap pelanggan ada alasan tersendiri, contoh kenapa salah seorang pelanggan kami akan kerap meminta khidmat jahitan sulam dari kami adalah kerana mudah nak dukung anak beliau, boleh kata kalau manik nanti mencalarkan kulit anak beliau pula.

Sulam Tampal

Antara sulam yang kami sediakan adalah sulam tampal. Teknik ini kebiasaannya dilakukan bagi menjahit lace ke atas baju supaya kelihatan lebih kemas berbanding di jahit sembat menggunakan tangan.

Proses sulam mula dilakukan
Lace di letakkan ke atas baju

Kerawang

Sulam kerawang pula begitu klasik namun sekarang dah makin ramai anak muda yang mula sukakanya, katanya gabungan warna nampak menarik seperti menghidupkan lagi motif pada baju tersebut. Rata-rata pelanggan yang menghantar baju kosong kepada kami untuk dijahitkan baju akan meminta manik kerawang ini.

Lace sedang disusun sebelum proses sulam dimulakan

Bukan Baju Sahaja

Jahitan sulam tidak terhad kepada baju mahupun kain sahaja, hinggakan untuk telekung dan tudung juga kami sedia untuk memberikan khidmat sulam ini. Kebiasaannya jika musim bertunang dan kahwin, pengantin wanita wajib akan meminta saya untuk lakukan sulam selain di baju atau dress mereka, mereka juga inginkan sulam di bahagian vail mereka bagi menimbulkan kesinambungan untuk keseluruhan rekaan tersebut.

Teknik Sulam Tampal untuk Tips jahitan dan Aktiviti semasa, sila klik ruangan BLOG

Teknik ini digunakan bagi menjahit lace pada baju, hasilnya lebih kemas dan kukuh jika dibandingkan dengan teknik jahitan menggunakan tangan. Berikut saya sediakan video untuk teknik sulam tampal tersebut, selamat menonton. Terima Kasih