Tips memilih hiasan baju kahwin

Sejurus sahaja anda menjumpai baju kahwin yang anda inginkan, kini tibalah masa untuk memikirkan berkenaan sentuhan akhir iaitu hiasan pada baju kahwin anda tersebut. Perincian ini menaikkan lagi seri pada baju pengantin anda, secara tidak langsung ia juga menukar daripada baju pengantin yang biasa kepada sesuatu yang lebih unik dan begitu bermakna kepada anda. Di sini terdapat beberapa yang perlu anda tahu kebiasaannya dipilih oleh para pengantin bagi menghiaskan baju kahwin mereka.

Hiasan pada fabrik jenis lace diletakkan mutiara dan labuci serta dijahitkan sulaman reben bagi menimbulkan efek 3D

Lace appliques

Ia adalah serpihan daripada kain yang dipotong kepada bentuk yang berlainan (seperti bunga ataupun berputar), kemudian akan dicantumkan kepada baju kahwin. Ia tidak diletakkan ke keseluruhan baju namun disusun secara berdiamensi pada lokasi yang strategik. Kebanyakan teknik ini akan dijahit pada serpihan sheer atau nude-colour kemudian dijahit pada baju kahwin idaman anda.

Beading – jahitan manik

Jikalau anda suka baju kahwin yang mempunyai manik, anda begitu banyak pilihan yang boleh dilakukan. Terdapat manik jenisnya dari Kristal dan manik kaca, ia juga adalah pilihan yang popular dalam hiasan baju kahwin. Manik kini terdapat dalam pelbagai saiz dan bentuk, jadi tukang jahit manik boleh menggabungkan manik tersebut bagi mewujudkan kehalusan jahitan manik dan kepelbagaian mengikut citarasa anda.

Sequins – labuci

Ada sesetengah pengantin agak takut dalam menata rias baju kahwin mereka menggunakan Labuci, namun pada pandangan saya tiada apa yang perlu ditakutkan atau berasa malu. Sinar kilauan daripada piring menyerlahkan lagi kemeriahan pada baju kahwin tersebut. Bagi pengolahan agar ia tidak terlalu melampau anda juga boleh memilih untuk menggabungkan seperti Mat finish pada labuci tersebut kemudian digabungkan bersama shining glimmer agar tidak nampak terlalu sparkle. Penggunaan labuci juga dapat menimbulkan seri pada baju kahwin anda tersebut cuma untuk anda yang agak pemalu digalakkan menggunakan jumlah yang agak minimal.

Border Trims

Jika baju kahwin anda rasa tidak lengkap seperti tiada finishing, anda boleh masukkan border trims dan akan memberikan efek finishing yang anda tercari-cari. Hiasan pada penghujung ini kebiasaannya dia datang dalam bentuk ruffles, scallops, florals dan braids.

Pearls

Sama seperti jahit manik, jahitan manik mutiara juga dijahit pada baju kahwin untuk menaikkan lagi perincian juga dimensi. Sama ada ia diperbuat daripada mutiara asli ataupun tidak ia sangat cantik untuk dilihat pada atas baju kahwin. Ia juga antara pilihan yang menarik bagi mengekalkan ciri-ciri classic English seperti dijadikan butang pada baju kahwin anda.

Ribbon

Jikalau pada bahagian belakang baju kahwin anda memerlukan faktor wow, pertimbangkan untuk meletak hiasan seperti ikatan reben. Hiasan reben ini datang dengan pelbagai jenis fabrik dan warna yang dapat menaikkan lagi seri pada baju kahwin anda selain dapat memberikan anda kelihatan lebih feminin. Sekarang agak menjadi trend dan tidak lagi diikat pada pinggang di bahagian belakang, sebaliknya rata-rata pengantin akan meletakkan reben di bahagian tangan kanan dan kiri pada baju kahwin mereka.