Perkhidmatan merangkumi Tempahan Jahitan bagi Lelaki dan Wanita juga kepada pelbagai peringkat umur
Selain dengan niat mempermudahkan urusan pelanggan kami (sama ada yang telah menjadi pelanggan ataupun bakal menjadi pelanggan kami), Kami sendiri di Kedai jahit, Kedaijahit.com amat suka untuk berkenalan dan memahami dengan lebih lanjut setiap mereka yang menghubungi kedai jahit kami. Dengan ini kami dapat menganalisa, apakah yang terkini pelanggan sedang inginkan sekaligus membantu kami dalam menyediakan perkhidmatan atau produk di masa akan datang sesuai dengan permintaan pelanggan.
Pelanggan akan meminta kami untuk menyediakan persalinan bagi Majlis Bertunang, Majlis Qatam Al-Quran, Majlis Malam Berinai, Majlis Angkat Nikah serta yang paling menjadi keutamaan adalah Majlis Bersanding untuk kedua pasangan mempelai.
Menjelang hari raya kami juga menerima jahitan pakaian untuk Lelaki dan Wanita bagi semua peringkat umur.
Selain dari jahitan untuk Majlis Perkahwinan dan Baju raya, kami juga menerima tempahan untuk Pakaian Koporat seperti Uniform dan pakaian harian mengikut kehendak pelanggan.
Ada juga yang meminta kami untuk menjahitkan Langsir, Cadar dan segala yang melibatkan jahitan juga kami boleh usahakan seperti Tudung.
Baju kalau tiada sentiment Personal Touch, nanti tak selesa terutamanya Baju Raya. Yang paling penting kena Glamour
Ada Gaya, Barulah Ada Raya!
–kata pelanggan kami mengenai pendapat beliau yang lebih gemar untuk menempah berbanding membeli secara atas talian
Selain dengan niat mempermudahkan urusan pelanggan kami (sama ada yang telah menjadi pelanggan ataupun bakal menjadi pelanggan kami), Kami sendiri di Kedai jahit, Kedaijahit.com amat suka untuk berkenalan dan memahami dengan lebih lanjut setiap mereka yang menghubungi kedai jahit kami. Dengan ini kami dapat menganalisa, apakah yang terkini pelanggan sedang inginkan sekaligus membantu kami dalam menyediakan perkhidmatan atau produk di masa akan datang sesuai dengan permintaan pelanggan.
Antara Khidmat Rundingan yang sering diminta oleh pelanggan kami adalah berkenaan:
Dan sebagainya. Namun kami tidak pernah mengeluh untuk menjawap segala pertanyaan dari setiap para pelanggan kami, kerana secara tidak langsung ia merapatkan lagi hubungan kami bersama pelanggan.
Bagi mendapatkan rekaan yang sesuai untuk pelanggan, menjadi kebiasaan selalunya kami akan berjumpa dengan pelanggan terlebih dahulu bagi memahami personaliti beliau. Ini penting bagi memastikan pelanggan selesa dengan hasil akhir rekaan tersebut.
Semasa proses tempahan disiapkan pelanggan akan dimaklumkan berkenaan status terkini berkenaan perjalanan tempahan mereka melalui panggilan talifon atau menggunakan Whatapps, ini penting bagi pelanggan agar mereka tahu bila untuk percubaan busana sebelum perincian dilakukan pada baju mereka.
Selepas Tempahan siap dilakukan, pihak KedaiJahit.com akan bersedia untuk melakukan penghantaran ke Lokasi yang telah pelanggan persetujui. Ada diantara mereka meminta untuk dihantar terus ke rumah malahan ada juga yang meminta kami untuk hantarkan Hasil Tempahan Baju mereka terus ke Hotel untuk persalinan Resepsi Perkahwinan mereka.
KedaiJahit.com
RTW-WEDDING-WHOLESALE
Info
Follow Us
FREE Khidmat Rundingan
Tempahan Jahitan
Sulaman Manik
Sulaman Kerawang