Skip to content


Servis Jahit Manik Profesional di Ampang (Appointment Sahaja)

Mencari tukang jahit manik di Ampang untuk baju pengantin, baju raya atau majlis?
Kedaijahit.com menawarkan servis jahit manik halus dan berat melalui sistem appointment bagi memastikan setiap jahitan kemas, kukuh dan mengikut rekaan asal. Tempahan sesuai untuk majlis penting dan pelanggan yang mementingkan kualiti.

Tukang jahit manik profesional di Ampang — khas untuk baju pengantin, baju raya & pakaian majlis — siap kemas, tahan lama dan hanya melalui appointment.
Setiap jahitan dilakukan secara teliti menggunakan teknik sulaman tangan bagi memastikan kemasan yang kemas dan tahan lama.
Semua tempahan jahit manik dilakukan secara personal melalui appointment supaya setiap detail manik hasilnya kemas dan memenuhi jangkaan anda.
Sila hubungi kami melalui WhatsApp untuk konsultasi awal dan semakan slot, manakala call jika ingin maklumat segera – jika tidak di jawab, sila cuba sekali lagi kemudian. Terima kasih

Untuk servis jahitan lain, anda juga boleh melihat halaman tailor kedai jahit kami di Ampang.

Perkhidmatan Jahit Manik Ampang: Tempahan Baju Raya 2026 Kini Dibuka

Di KedaiJahit.com, kami pakar dalam memberikan perincian mewah melalui seni jahitan manik tangan (hand-beaded) yang teliti. Terletak strategik di Ampang, kami sedia membantu wanita di sekitar Ampang, Pandan Indah, dan Kuala Lumpur untuk tampil mempesona dengan rekaan baju raya wanita yang unik dan sofistikated bagi tahun 2026.

Jenis Jahit Manik Yang Kami Sediakan

Pelanggan ingin menjimatkan bajet beliau dalam pembikinan busana pengantin dan telah bersetuju untuk dilakukan dress 2 dalam 1. Paginya ketika akad nikah pelanggan akan pakai jubah dan tudung serta selendang, beralih ke bersanding pelanggan akan sarungkan Cape supaya ada transisi pada majlis persandingan nanti. Alhamdulillah pelanggan kedai jahit kami Happy.

Hasil akhir jahit manik menggunakan proses Tambour Beading pada Baju Akad Nikah

Pelanggan ingin menjimatkan bajet beliau dalam pembikinan busana pengantin dan telah bersetuju untuk dilakukan dress 2 dalam 1. Paginya ketika akad nikah pelanggan akan pakai jubah dan tudung serta selendang, beralih ke bersanding pelanggan akan sarungkan Cape supaya ada transisi pada majlis persandingan nanti. Alhamdulillah pelanggan kedai jahit kami Happy.

Trend Jahitan Manik & Lace untuk Baju Kurung Moden 2026

Tahun 2026 menyaksikan kebangkitan semula gaya “Minimalist Glamour”. Penggunaan lace yang dipadankan dengan taburan manik halus pada bahagian leher, pergelangan tangan, dan bawah baju menjadi pilihan utama untuk baju kurung moden.

Kenapa Pilih Khidmat Jahit Manik Kami?

Sentuhan Custom: Setiap butiran manik dijahit mengikut kesesuaian corak kain dan personaliti anda.
Kekemasan Tinggi: Kami memastikan setiap jahitan manik adalah kukuh dan tidak mudah tercabut.
Material Berkualiti: Penggunaan manik kristal dan mutiara gred tinggi yang memberikan kilauan premium pada baju raya 2026 anda.

Tukang jahit manik memainkan peranan penting dalam mencantikkan busana seperti baju pengantin, baju tunang, kebaya dan pakaian majlis.
Di KedaiJahit.com, kami menyediakan servis tempahan jahit manik profesional dengan kemasan halus, tahan lama dan mengikut kehendak pelanggan sekitar AmpangPandan IndahTaman Bukit Indah & seluruh Lembah Klang.

Jika anda berada di Ampang, Pandan Indah, Taman Bukit Indah atau Kuala Lumpur, anda boleh hantar pakaian melalui whatsapp untuk berbincang berkenaan fitting dan rekaan manik.

Kami menerima pelbagai jenis tempahan jahit manik mengikut rekaan dan keperluan pelanggan, antaranya bagi pakaian:

Setiap tempahan dinilai berdasarkan rekaan, jumlah manik dan tahap kerumitan jahitan.

Jenis Manik & Teknik Jahitan

Jahit manik memerlukan teknik khas kerana ia melibatkan manik halus, benang kuat dan susunan yang seimbang supaya tidak mudah tanggal, terutama untuk baju pengantin dan baju raya yang dipakai lama.

Hasil motif jahit manik haruslah disesuaikan dengan fabrik pakaian, ini bagi memastikan fabrik dapat menampung beban berat manik tersebut dan tahan lama. 

Kami menerima pelbagai jenis tempahan jahit manik mengikut rekaan dan keperluan pelanggan, antaranya:

  • Jenis Manik Popular

    • Manik kaca
    • Manik kristal
    • Manik labuci
    • Manik mutiara
    • Sulaman manik eksklusif

    Teknik Jahitan

    • Tambour beading
    • Jahit manik manual
    • Sulam manik penuh / separa
    • Tampal manik corak custom
Selepas hasil Jahit Manik Pada Baju Pengantin ini siap, proses berikutnya adalah jahitan sulaman tampal pada bahagian yang ingin diletakkan posisinya mengikut kehendak bakal Pengantin

Hasil akhir Jahit Manik Pada Baju Pengantin

Selepas hasil Jahit Manik Pada Baju Pengantin ini siap, proses berikutnya adalah jahitan sulaman tampal pada bahagian yang ingin diletakkan posisinya mengikut kehendak bakal Pengantin

Proses Tempahan Jahit Manik di Kedaijahit.com

Untuk memastikan hasil jahitan memenuhi jangkaan pelanggan, proses tempahan dibuat secara teratur:

  1. Konsultasi awal melalui WhatsApp– pelanggan hantarkan gambar seperti screenshot rekaan jahitan manik *penilaian jenis manik dan gabungan motif yang diinginkan.
  2. Perbincangan rekaan, jenis manik dan bajet
  3. Invoice akan diberikan bagi tujuan deposit – security dan komitmen pelanggan untuk sesi appointment
  4. Penyerahan pakaian atau sesi fitting (jika perlu)
  5. Proses jahitan dan kemasan
  6. Serahan pakaian selepas siap
Proses jahit manik bagi tempahan jahit manik oleh penjahit profesional dilakukan oleh tukang jahit ampang dengan teknik penyesuaian bahan dan gabungan warna
Proses jahit manik bagi tempahan jahit manik oleh penjahit profesional dilakukan oleh tukang jahit ampang dengan teknik penyesuaian bahan dan gabungan warna
Tempoh siap bergantung kepada tahap kerumitan dan jumlah tempahan semasa.

Untuk memastikan hasil jahitan memenuhi jangkaan pelanggan, proses tempahan dibuat secara teratur:

✔ Pakar dalam tempahan jahit manik halus & jahit manik berat, menggunakan jahitan tangan kemas, kukuh dan tidak mudah tanggal
✔ Berpengalaman mengendalikan tempahan jahit manik untuk wedding, baju pengantin, tunang, nikah & majlis formal
✔ Menerima tempahan jahit manik baju Raya, termasuk baju kurung, kebaya, jubah & dress custom
✔ Menawarkan rekaan jahit manik khas (custom design) mengikut bajet, konsep majlis dan kehendak pelanggan
Konsultasi terus dengan tukang jahit manik berpengalaman, bukan orang tengah
Sistem appointment sahaja bagi memastikan setiap tempahan jahit manik mendapat perhatian penuh & kualiti terbaik
Harga jahit manik telus & boleh dibincangkan, sesuai untuk tempahan wedding mahupun Raya
✔ Servis jahit manik sekitar Ampang & Lembah Klang, sesuai untuk pelanggan tempatan yang mencari tukang jahit manik near me

Kami mengutamakan kualiti hasil kerja berbanding kuantiti tempahan.

Lokasi Servis Tukang Jahit Manik di Sekitar Selangor dan Kuala Lumpur

Kami menyediakan servis tukang jahit manik di lokasi berikut:

  • Untuk kawasan sekitar Selangor dan Kuala Lumpur, Servis jahit manik Kedai Jahit beroperasi di Pandan Mewah juga perkhidmatan ambil dan hantar ke lokasi pelanggan juga di sediakan (bergantung jadual semasa), kos pengambilan dan penghantaran jahitan manik pelanggan adalah berlainan dan ditanggung oleh pelanggan. Landmark kami di Hospital Besar Ampang, rujukan harga boleh di lihat di grab express– motor.
  • Kami juga menerima tempahan jahitan manik dari seluruh malaysia- panghantaran melalui pos (courier), kos penghantaran adalah berlainan dan ditanggung sepenuhnya oleh pelanggan.

Maklumat Tambahan Tentang Jahit Manik

Jahit manik memerlukan ketelitian, kesabaran dan kemahiran yang tinggi kerana setiap manik dijahit secara manual mengikut corak yang dirancang.
Pemilihan jenis manik, benang dan susunan jahitan memainkan peranan penting bagi memastikan pakaian kelihatan seimbang, kemas dan selesa dipakai.

Penjagaan pakaian selepas jahit manik juga penting bagi mengekalkan keindahan jahitan untuk jangka masa panjang.

Soalan Lazim (FAQ) Tentang Jahit Manik di Ampang

Adakah servis jahit manik ini menerima walk-in?

Tidak. Semua tempahan dibuat melalui sistem appointment sahaja. Pelanggan dinasikatkan untuk menghubungi kami melalui whatsapp atau call kami untuk mendapatkan maklumat yang lebih pantas (langsung)- andai kata panggilan kami sibuk, sila cuba lagi kemudian.

Berapa lama tempoh jahit manik disiapkan?

Tempoh siap bergantung kepada rekaan, jumlah manik dan jadual tempahan semasa. Biasanya 24 jam (1 hari) –14 hari bergantung kepada kerumitan. Antara penentu lain adalah jadual semasa, Namun, untuk musim Raya 2026, kami sarankan anda menghantar tempahan lebih awal.

Adakah jahit manik sesuai untuk baju raya?

Ya. Jahit manik sangat sesuai untuk baju raya, terutamanya bagi rekaan eksklusif seperti baju kurung moden, jubah dan kebaya.

Apakah kos anggaran jahit manik?

Kos bergantung pada jumlah manik & rekaan. Untuk baju standard, kebanyakan pelanggan kami anggarkan RM50-RM2000 — kos tepat selepas konsultasi gambar dan design dihantar.

Adakah konsultasi disediakan sebelum jahitan dimulakan?

Ya. Konsultasi awal dibuat melalui WhatsApp bagi memahami keperluan pelanggan. Untuk sebarang rekaan (design) ada cas yang akan dikenakan, oleh yang demikian pelanggan dicadangkan supaya menghantar screenshot berkenaan design atau rekaan yang diinginkan melalui whatsapp – jimat masa.

Bolehkah saya bawa manik dan lace sendiri?

Ya, boleh. Kami sangat fleksibel. Anda boleh membawa material sendiri atau berbincang dengan tukang jahit 24 jam kami untuk cadangan manik yang paling sesuai dengan jenis kain anda.

Apakah jenis manik yang digunakan untuk tempahan baju raya?

Kami menggunakan pelbagai jenis manik berkualiti tinggi seperti kristal Swarovski (atas permintaan), mutiara (pearl), beads, dan sequin. Untuk Trend Raya 2026, penggunaan manik mutiara kecil yang dipadankan dengan sulaman lace sangat popular untuk memberikan kesan eksklusif pada baju kurung moden.

Adakah harga jahit manik sudah termasuk kos manik itu sendiri?

Kami menawarkan dua pilihan: anda boleh membawa manik sendiri atau kami sediakan manik berdasarkan bajet anda. Kos upah tukang jahit untuk manik biasanya dikira berdasarkan kepadatan rekaan dan masa yang diambil untuk menyiapkannya.

Bolehkah saya minta jahit manik pada baju yang sudah siap dijahit?

 Ya, boleh. Kami menerima baju raya wanita yang sudah siap (ready-to-wear) untuk ditambah perincian manik atau lace bagi menaikkan seri baju tersebut. Ini adalah cara bajet untuk nampak mewah tanpa perlu menempah baju baru.

Bagaimana cara penjagaan baju yang mempunyai jahitan manik yang sarat?

 Kami menasihatkan pelanggan untuk mencuci baju secara dry clean atau basuhan tangan (hand wash) sahaja. Elakkan penggunaan mesin basuh bagi menjaga ketahanan jahitan manik dan struktur lace supaya tidak rosak atau tercabut.

Adakah anda menerima tempahan jahit manik untuk pelanggan di luar Ampang?

 Ya, kami menerima tempahan dari seluruh Malaysia melalui perkhidmatan kurier. Anda boleh pos baju anda ke kedai jahit Ampang kami, dan setelah selesai dijahit manik, kami akan pos semula kepada anda dengan bungkusan yang selamat.

rsz_20131121_201716

Baju anda suram?

Jahitan manik memang menarik jika di jahit di semua pakaian, tak kira menjelang hari raya hinggakan pakaian kasual. Senang kata baju apa pun kalau letak manik kena dengan pemilihan warna dan rekaan memang akan menarik perhatian. Tambahan pula kalau nak raya, tengah hari raya waktu nak pergi melawat sedara-mara. Kalau baju tak berkilat tak raya la jawapnya.

Tambour beading

Kebiasaannya kami di kedaiJahit.com akan menggunakan teknik ini. Teknik ini dapat mengelak daripada benang di belakang kain tersangkut ke gelang tangan anda, dalam pada masa yang sama juga ia tidak mengkedutkan kawasan yang dijahit manik dan kelihatan 10x lebih kemas dari teknik jahitan manik biasa. Tidak hairanlah jika kenapa pereka di luar negara menggunakan teknik jahitan ini seperti Zuhair Murad.

teknik jahitan manik tambour beading menggunakan ram besar
Teknik jahit manik menggunakan ram cina

Di tudung, boleh?

Boleh, teknik jahit manik Tambour Beading ini tidak terhad kepada baju sahaja. Bayangkan anda boleh jadikan kerongsang dengan hanya menggunakan teknik manik ini. Antara kelebihan lain berbanding teknik jahit manik biasa adalah kalau baju anda mungkin sudah tidak muat untuk di pakai tapi manik kelihatan cantik dan bersinar lagi, anda boleh buka manik tersebut kerana ia tidak dijahit terus ke atas baju.

Dress bewarna kelabu asap untuk majlis angkat nikah

Baju saya dah jahit di tempat lain..

Untuk Teknik Jahitan manik Tambour Beading ini tidak semestinya perlu di jahit ketika pakaian telah siap. Manik di jahit di atas Sutera Organza kemudian akan di sulam ke atas baju yang anda inginkan, lebih muda juga jikalau anda telah tahu warna atau corak baju tersebut bagi memudahkan pemilihan manik.

Untuk mendapatkan khidmat jahit manik dari kami, tidak menjadi kemestian untuk anda tempah baju dari kami sahaja. Anda boleh hantarkan baju yang telah siap untuk kami sambung dengan kerja manik bagi menaikkan hasil perincian pada baju tersebut.

Tempahan Jahitan | Sulaman Manik | Sulaman Kerawang Tempahan Jahit Manik

Tempahan jahit manik kami adalah pelbagai

Tempahan jahitan manik kami tidak tertumpu pada baju yang di jahit di kedai kami sahaja, bahkan kami juga terima tempahan manik untuk baju yang telah siap dijahit oleh tukang jahit lain atau yang dibeli online ecommerce – shopee , lazada dan lain-lain.

SELALU KAMI TERIMA TEMPAHAN JAHITAN MANIK UNTUK:

1- Jahitan manik baju Bertunang
2- Jahitan manik baju Akad Nikah
3- Jahitan manik Baju Bersanding
4- Jahitan manik Baju pengantin
5- Jahitan manik baju malam berinai
6- Jahitan manik majlis qatam Al-Quran
7- Jahitan manik pada Jubah untuk ke Umrah dan Haji
8- Jahitan manik pada baju konvokesyen
9- Jahitan manik pada baju Bulan Merdeka anak
10- Jahitan manik pada baju sambutan hari kelahiran
11- Jahitan Manik pada dress ulang tahun perkahwinan
12- Jahitan manik pada hiasan dulang perkahwinan
13- Jahitan manik pada Veil pengantin
14- Jahitan manik pada hiasan bilik pengantin
15- Dan banyak lagi tempahan jahitan manik yang kami terima untuk pelbagai jenis majlis keramaian.

Anda ingin tempahan jahitan manik tapi bajet terhad?

Berbanding kedai jahit lain, cara kami menyediakan satu motif jahitan manik amat berlainan dan pelanggan juga selesa. Terutamanya dari segi pemilihan warna dan material manik yang akan digunakan, semua kami akan maklumkan kepada pelanggan agar pelanggan tahu dan faham berkenaan hasil akhir khususnya harga. 

Proses penyediaan sampel amat penting agar pelanggan dapat memahami dengan lebih lanjut berkenaan hasil akhir yang akan disiapkan.

Contoh: Penyediaan sampel akhir kepada pelanggan

Proses penyediaan sampel amat penting agar pelanggan dapat memahami dengan lebih lanjut berkenaan hasil akhir yang akan disiapkan.

Ramai pelanggan kami bersetuju dengan pendapat kami:

“Baju tiada manik tak naik seri:

Rata-rata pelanggan kami mempunyai pendapat yang sama dimana setiap jahitan baju yang telah siap jahit jika tiada manik akan kelihatan hambar dan segan untuk dipakai terutamanya untuk ke majlis seperti Majlis Perkahwinan.

Tempahan Jahitan | Sulaman Manik | Sulaman Kerawang Rundingan Percuma!

Contoh: Suai padan material manik pada baju

Kami amat gembira untuk membantu semua para pelanggan kami. Tidak kisah sama ada yang baru atau lama, kami sedia untuk melayani segala pertanyaan terutamanya berkaitan Tempahan Jahitan Manik. 
Ada yang sekadar ingin minta pendapat kami berkaitan gabungan warna untuk Tempahan Jahit Manik pada Baju Tunang, Baju Akad Nikah mahupun Baju Bersanding walau apa pun ia, tidak menjadi kemestian untuk segala pertanyaan anda wajib melakukan tempahan dengan kami.
Ini kerana, kami percaya dengan mempermudahkan urusan anda maka urusan kami juga akan dipermudahkan oleh-Nya, Amin.

Khidmat Rundingan Tempahan Jahitan Manik adalah PERCUMA!

Selain dengan niat mempermudahkan urusan pelanggan kami (sama ada yang telah menjadi pelanggan ataupun bakal menjadi pelanggan kami), Kami sendiri di Kedai jahit, Kedaijahit.com amat suka untuk berkenalan dan memahami dengan lebih lanjut setiap mereka yang menghubungi kedai jahit kami. Dengan ini kami dapat menganalisa, apakah yang terkini pelanggan sedang inginkan sekaligus membantu kami dalam menyediakan perkhidmatan atau produk di masa akan datang sesuai dengan permintaan pelanggan.

Tempahan Jahitan | Sulaman Manik | Sulaman Kerawang SEBELUM - Proses Tempahan Jahit Manik

Sebelum Proses Tempahan Jahitan Manik

Antara aspek yang paling penting dalam penyediaan sesuatu rekaan, kami akan cuma memahami personaliti setiap para pelanggan kami. Kami akan:

Perjumpaan

Menetapkan tarikh bagi perjumpaan pertama untuk perbincangan dasar seperti pemilihan kain juga warna dan rekaan idaman pelanggan.

Idea

Kami akan menyediakan lakaran kasar motif jahit manik yang diinginkan agar pelanggan dapat memahami hasil akhir jahitan tempahan tersebut.

Perincian

Perincian akan dicadangkan seperti penggunaan jenis material manik juga pemilihan warna dan proses yang sesuai agar portion dan lokasi jahitan manik tepat.

 

Jadual

Pelanggan akan diberikan anggaran tempoh proses bermula dari plot motif jahit manik, pemilihan konsep dan selanjutnya ke proses akhir.

Unjuran

Anggaran Jumlah Kos Keseluruhan bagi setiap tempahan akan disediakan untuk rujukan kami dan pelanggan. Ini bagi mencapai kesepakatan bersama sekaligus mengelakkan salah faham di masa akan datang.

Tempahan Jahitan | Sulaman Manik | Sulaman Kerawang SEMASA- Proses Tempahan Jahit Manik

Semasa Proses Tempahan Jahitan Manik

Dalam memastikan kualiti jahitan, kualiti sulaman manik mahupun kualiti sulaman kerawang dilakukan dengan baik, kami akan menitik beratkan segala aspek yang diinginkan oleh pelanggan kami. Antaranya seperti:

Semakan

Segala yang diperlukan bagi penghasilan rekaan jahit manik yang diinginkan pelanggan akan disemak dengan teliti bagi menjamin kualiti akhir.

Maklum

Pelanggan akan dimaklumkan berkenaan timeline setiap proses yang sedang berlaku pada pesanan mereka.

Fitting

Pelanggan akan dihubungi bagi di bentang motif sesuai seperti yang telah dibincangkan

Sentuhan akhir

Setelah mencapai kata sepakat, jahitan manik tersebut akan dilakukan hingga proses akhir 

Tempahan Jahitan | Sulaman Manik | Sulaman Kerawang SELEPAS - Proses Tempahan Jahit Manik

Selepas Proses Tempahan Jahitan Manik

Bagi memastikan jadual pengambilan tempahan pelanggan berlangsung dengan lancar, kami akan:

Hubungi

Pelanggan akan dihubungi menggunakan Email Rasmi atau Whatapps Rasmi atau Panggilan Talifon menggunakan Nombor Rasmi kami Kedaijahit.com

Tetapan Jadual

Jadual akan ditetapkan bagi Sesi Penghantaran Tempahan Pelanggan mengikut persetujuan bagi tarikh, masa dan tempat yang diinginkan.

Semakan Akhir

Tempahan pelanggan akan sekali lagi disemak bagi memastikan kualiti, bilangan dan perincian mengikut kehendak pelanggan.

Bayaran

Semakan aliran tunai juga akan dilakukan bagi pembayaran jumlah akhir pada Invoice  sebelum perlepasan dilakukan.

Penghantaran

Pelanggan akan dihubungi telebih dahulu berkenaan penghantaran yang dilakukan seperti ke Rumah atau Hotel yang telah ditetapkan.

TEMPAHAN JAHIT MANIK Blog - Jahit Manik

Tips dan Panduan terkini berkenaan jahitan manik

Dapatkan tips dan Panduan berkenaan jahitan manik yang terkini dan anda boleh mendapatkan idea dalam membuat keputusan bagi teknik yang akan digunakan atau pemilihan material yang sesuai untuk menaikkan seri pada baju idaman anda