Servis
Alteration
Servis Alteration / Ubahsuai Pakaian
Kedai Jahit Near You
sering juga berlaku saiz tidak sesuai dan alteration juga perlu.
- Baju Kurung / Kebaya
- Baju Melayu
- Jubah / Dress
- Seluar / Skirt
- Uniform kerja
- Baju Tunang / Akad nikah / Persandingan
- Baju makan malam seperti Annual Dinner / Annivessary dll
Alteration / Ubahsuai Mengapa Pilih Servis Alteration di Kedai Jahit Kami?
- Jahitan Kemas & Professional – Kedai jahit kami akan menilai dengan teliti berkenaan alteration pelanggan dan memberikan cadangan yang terbaik supaya hasil akhir menepati kehendak pelanggan.
- Tempoh siap yang fleksibel – Kedai jahit kami dengan upaya tinggi ingin memberikan yang terbaik kepada pelanggan termasuk alteration segera, namun cas adalah berlainan bergantung jadual semasa dan tahap alteration yang diperlukan.
- Tempahan secara Online (Whatsapp) – Mudah, pelanggan tidak perlu datang hanya untuk bertanya berkenaan alteration yang diinginkan. Cukup sekadar hantar gambar (dicadangkan pakai dan crop muka untuk privacy) di Whatsapp dan terangkan dengan detail berkenaan alteration yang diinginkan termasuk bila tarikh anda ingin ia siap untuk semakan.
- Lokasi mudah diaksess (Kedai jahit near me) – Ya, lokasi kami amat mudah di aksess dan jika perlu kami juga menyediakan perkhidmatan ambil (pick-up) dan hantar (delivery) untuk servis alteration ini. *Bergantung juga pada jadual rider **cas penghantaran adalah berlainan, rujuk cas grab express – lokasi rujukan kedai jahit kami di Hospital Besar Ampang, Pandan mewah (untuk cas pickup atau delivery)
Beli Online tapi tak sesuai?
Bukan anda sahaja, ramai pelanggan kami juga berada di situasi yang sama. Waktu nak beli online dah tengoh carta saiz, dah pilih dan bayar.. Eeehh tapi sampai besar sangat?? atau ketat???
Nak pulangkan dekat seller tapi dah nak pakai pun tarikh dah dekat, belum lagi pula seller tak respon mesej anda. Pening!!
Hubungi saja kami, biar kedai jahit kami bantu. Selesai
Pelbagai jenis pakaian
Kami terima alteration untuk pelbagai jenis pakaian, sama ada untuk lelaki atau wanita muda atau tua, semua kami sedia bantu.
Untuk uniform, baju tunang, baju akad nikah, baju kahwin, baju bridesmaid, baju annivessary, pelbagai kami bantu.
Alteration siap 24 jam
Bergantung pada jadual semasa dan construction difficulties baju anda, jika telah dinilaikan boleh siap 24 jam. YA, kami sebaik mungkin akan menyiapkan dengan segera namun kualiti tetap menjadi keutamaan.
Alteration Pukal
Alteration kami bukan terhad untuk kuantiti individu atau rendah, kami juga terima secara pukal.
Ada situasi pelanggan kami hantar ke kilang jahit pakaian lain yang ingin dijual beliau, namun tidak menjadi seperti yang diinginkan.
Setelah mendapat maklumat yang diperlukan, kami berjaya membantu pelanggan melakukan alteration semua pakaian yang ingin dijual beliau dalam masa yang ditetapkan.
Semua servis alteration kami dilakukan oleh tukang jahit berpengalaman dengan ukuran sebenar melalui sistem temujanji bagi memastikan pakaian lebih selesa dan kemas dipakai.
👉 Ketahui perkhidmatan tukang jahit yang kami sediakan.
FAQs
Berikut adalah soalan lazim yang kami terima
Adakah boleh Walk-In ke kedai jahit ini?
Bagi menjimatkan masa anda, segala rundingan awal di lakukan secara atas talian – Whatsapp. Ini kerana pelanggan lebih cepat dapat maklumat berkenaan alteration anda, seperti tarikh siap, tahap alteration dan yang penting berkenaan harga yang akan dikenakan.
Bagaimana berkenaan pembayaran?
Setelah selesai rundingan awal, pelanggan akan di beritahu berkenaan harga keseluruhan. Bagi menetapkan temujanji, pelanggan diminta untuk membayar deposit 50% dari harga keseluruhan.
*Untuk cas tambahan lain-lain seperti fabrik akan dimaklumkan dan di cas secara berasingan ditanggung oleh pelanggan.
Boleh hantar alteration guna pos?
Ya, kami menyediakan perkhidmatan alteration untuk semua kawasan di seluruh Malaysia. Bagi yang jauh, kami amat mencadangkan penghantaran secara pos.
Adakah boleh ubah baju kahwin?
Ya, rata-rata pelanggan kami membuat keputusan beli secara online terutamanya untuk baju tunang, akad nikah atau baju kahwin mereka dan akhirnya merungut berkenaan saiz besar atau ketat dan ada juga berkenaan kualiti jahitan yang diterima.
Ada juga di situasi lain, beli di butik namun tiada saiz mereka untuk rekaan yang mereka mahu dan terpaksa di lakukan alteration.
Tidak menjawab soalan anda?
Info