Slot Tempahan Baju Raya 2026: Rekaan Eksklusif & Kemas
Trend Baju Kurung Raya 2026

Tahun ini juga menyaksikan peningkatan permintaan terhadap:
- Baju Kurung Moden – ramai bersetuju kerana ia selesa dan sesuai ke pelbagai majlis
- Jahitan Manik di Leher dan Lengan – pelanggan juga kebanyakan mereka sependapat, tak ada manik maka tak RAYA. Jadi untuk kelihatan ringkas namun bergaya, kebanyakan akan minta manik pada keliling lengan namun jika yang nak over tu mereka akan minta di letakkan sulaman tampal lace- Selain itu, pilihan lace antara bermanik atau tidak itu terserah selera pelanggan.
- Sulaman Lace Tampal & Biku – Ada yang ingin kelihatan lebih ringkas mereka akan pilih sulaman biku, namun pandangan saya lebih suka ada lace sebab selain boleh pakai raya juga boleh pakai ke kenduri.
Warna Pilihan Raya 2026
- Warna pastel dan terang seperti Dusty Pink, Olive, Plum dan Ivory – untuk setiap tahun masih tak ketinggalan warna wajib, Dusty Pink. Ulang-ulang warna ni akan kerap menjadi pilihan pelanggan kami di kedai jahit kedaijahit.com, anda bagaimana?
Kenapa Tempah Awal Baju Raya Anda?
Pelanggan setia kami di kedai jahit kedaijahit.com tidak mahu ketinggalan seperti tahun lepas kerana ada antara mereka tidak kami terima tempahan baju raya kerana telah penuh, kasihan kan.
Akhirnya, sambutan Hari Raya Aidilfitri 2026 semakin hampir! Ramai pelanggan kami sudah mula menempah Baju Kurung Moden dengan Hiasan Manik & Sulaman Biku Eksklusif. Jika anda inginkan baju raya yang Unik, kemas dan siap awal, inilah masa yang terbaik untuk tempahan.
Antara sebab lain kenapa perlu tempah awal adalah:
- Slot lebih flexible, oleh itu pelanggan ada banyak masa untuk back forward
- Proses fitting & minor alteration (ubahsuai) boleh dilakukan lebih awal
- Selain itu elak kesesakan atau jahitan last-minute, jika tidak akhirnya terpaksa ditolak.
- Boleh pilih rekaan tempahan pakaian dan perincian dengan tenang
Cara tempah baju di kedai jahit kedaijahit.com
- Lokasi kami di Ampang, Kuala Lumpur
- Website kami adalah www.kedaijahit.com
- Anda juga boleh call (jika tidak di angkat mungkin kami sibuk, cuba semula kemudian)
- Hantarkan whatsapp, lebih mudah anda boleh kongsikan gambar rekaan tempahan baju, rekaan manik, jenis fabrik anda atau rekaan sulam. Dengan cara ini lebih mudah kami faham dan mencadangkan yang terbaik untuk semua pelanggan.