Cara proses tempah jahit perincian manik yang cantik

Cara proses tempah jahit perincian manik yang cantik merujuk kepada seperti: saya selalu menerima panggilan mahupun mesej dari WhatsApp daripada para pelanggan yang mana meminta saya untuk menjahitkan manik pada baju mereka.

Kebanyakan akan tanya kepada saya berapa harga upah untuk jahit manik di pergelangan tangan dan hujung baju seperti baju kurung moden.

Kemudian saya akan bertanyakan semula berkenaan dengan anggaran bajet mereka bagi memastikan segala yang saya cadangkan masih memenuhi poket mereka dan tidak bocor.

Ada yang terus memberikan harga mengikut bajet mereka yang telah ditetapkan.

Namun ada juga yang masih tidak pasti memandangkan baju yang ingin dijahit manik ini adalah baju bersanding dan mereka inginkan manik yang agak tebal.

Saya cuba terangkan kepada semua para pelanggan saya bagaimana cara proses dan charge dikenakan mengikut permintaan mereka.

Dapatkan maklumat penuh bagi Cara proses tempah jahit perincian manik yang cantik

Harga material untuk manik seperti mutiara, manik beras, manik air jatuh, manik labuci dan sebagainya dicas secara berasingan tidak termasuk harga perkhidmatan untuk menjahit.

Ada setengah pelanggan memberikan satu harga yang sesuai mengikut bajet mereka namun terlupa untuk kira kos bahan dan upah kepada kami tukang jahit

Andai kata harga untuk material manik di cas bersama harga perkhidmatan semestinya saya akan mencari manik yang paling murah bagi memastikan caj perkhidmatan berbaloi untuk menampung gaji harian saya.

Oleh yang demikian, saya akan meminta gambar seperti lace atau motif yang ingin dijahitkan manik kemudian saya akan menjahit dalam skala yang kecil bagi mendapatkan jumlah masa yang diperlukan dalam menyiapkannya.

Jahitan manik contoh di atas pola

Cara proses tempah jahit perincian manik yang cantik
tips dan cara proses tempah jahit perincian manik yang cantik
Sebelum dijahit manik di atas baju, manik dilakukan jahitan kasar di atas pola bagi memberikan pandangan hasil akhir untuk memudahkan pelanggan memahaminya
Sampel manik diterangkan dengan jelas berkenaan material yang akan digunakan seperti sequin, manik bulat, manik beras, manik mutiara dan sebagainya
Jahitan manik di olah kepada pelbagai jenis gabungan material untuk rujukan pelanggan bermula dari manik beras manik bulat dan labuci
Pelbagai kandungan manis cuba diketengahkan ketika sesi jahitan contoh dilakukan untuk rujukan pelanggan
Jahitan manik di contohkan pada pola baju
Bagi memudahkan pelanggan membuat pilihan contoh pola manik yang telah siap dilabelkan dengan rekaan 1 2 dan 3.

Seperti yang dapat dilihat di dalam gambar tersebut saya melukis motif pada atas kertas bersesuaian dengan pola di bahagian leher. Motif yang mana ini diinginkan oleh pelanggan untuk menghasilkan jahitan manik yang nampak seperti sulaman kerawang namun ia berasaskan manik.

Saya juga menjelaskan dengan terperinci manik yang akan digunakan di bahagian bunga bahagian daun dan bahagian badan motif tersebut.

Proses ini amat penting dalam mengetahui apa yang sebenarnya pelanggan inginkan secara tidak langsung dapat mengelakkan kesilapan yang mana harus dibuka semula setelah ia siap dijahit.

Proses menggunakan teknik fotokopi pada jahitan manik

Manik berwarna emas digabungkan bersama hitam sedang dijahit manik mengikut contoh motif yang telah dibincangkan bersama pelanggan
Kaedah lain yang digunakan dalam menyiapkan contoh jahitan manik adalah fotokopi lace

Di dalam gambar di atas pula saya menggunakan teknik dimana baju pelanggan difotokopi dan dicetak kemudian saya akan jahit di atas kertas tersebut bagi menyesuaikan susunan manik pada bahagian bunga daun dan badan motif tersebut.

Langkah ini juga amat penting bagi memastikan pelanggan memahami dengan lebih lanjut sebagaimana cara sesuai letak manik digayakan pada bahagian yang dicadangkan sekaligus memudahkan kedai jahit kami untuk menyiapkan harga setelah kiraan jam diambil kira.

Setelah pelanggan bersetuju dengan motif yang diinginkan seperti penggunaan material manik yang bersesuaian.

Tibalah masa dimana kami akan ke kedai yang menyediakan material manik yang bersesuaian bagi disesuaikan dengan rekaan manik yang diinginkan seperti warna dan saiz.

Keadaan di kedai jahit manik motif manik sedang dilakukan proses pencarian warna yang sesuai
Jahitan manik contoh akan disesuaikan dengan warna dan saiz yang telah dipersetujui

Ketika berada di kedai yang menyediakan bahan manik seperti labuci manik bulat manik beras mahupun manik mutiara

kami akan mencari warna yang sesuai yang telah dipersetujui bersama pelanggan mengikut saiz yang telah dijahit pada jahitan manik contoh di kertas tersebut.

Jahitan manik contoh yang telah dilakukan pada kertas hanyalah sebagai rujukan untuk gabungan dalam menyediakan rekaan manik namun begitu pilihan warna bergantung pada keberadaan di kedai yang menyediakan itu sendiri.

Contoh jahitan manik cuba diserapkan motif bunga 3D bagi menambahkan lagi seri pada rekaan motif sebelumnya
Penggunaan bunga 3D dicadangkan kepada pelanggan dalam menyempurnakan jahitan manik bagi motif yang diinginkan
tips pemilihan manik bagi cara tempah jahit manik
proses cara tempah jahit manik untuk pelanggan

Ketika berada di kedai yang menyediakan bahan untuk melengkapkan jahitan manik kami kebiasaannya akan mencari antara bahan lain yang boleh digunakan dalam melengkapkan rekaan motif yang diinginkan pelanggan

Seperti penggunaan bunga 3D. Pilihan bunga juga akan dipilih dalam pelbagai variasi semestinya berkaitan dengan harga.

Ada setengah pelanggan yang sangat suka dengan idea ini

Dan ingin ditambahkan pada rekaan yang telah dilakukan sebelumnya, manakala ada setengah pelanggan pula tidak mahu untuk menambah sebarang rekaan kerana ingin kekal dengan rekaan yang telah dibincangkan sebelumnya.

Namun semuanya diserahkan kepada pelanggan sekurangnya kami telah cuba sebaik mungkin untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk para pelanggan kami.

Kesimpulannya kepada para pelanggan yang ingin menjahit manik pada baju anda, harus diingatkan bahawa harga yang dikenakan bukanlah untuk upah jahit semata-mata kerana ia juga termasuk pembelian material yang akan digunakan dalam menyiapkan jahitan manik untuk baju para pelanggan.

Nasihat saya bahawa,

tanyakan kepada tukang jahit di kedai jahit pilihan anda sama ada mereka menyediakan perkhidmatan jahitan manik contoh ini bagi mengelakkan anda mendapat hasil yang tidak menepati citarasa setelah jahitan manik dilakukan.

Apa yang paling penting sekali dalam merealisasikan rekaan jahitan mana idaman anda lebih mudah sekiranya anda dan kedai jahit tersebut mempunyai komunikasi yang bagus dengan ini dapat mengelakkan salah faham terutamanya apabila hasil jahitan telah siap dilakukan.