Skip to content
Tempahan Individu

Tempah Jahit | Sulaman Manik | Sulaman Kerawang

Perkhidmatan merangkumi Tempahan Jahitan bagi Lelaki dan Wanita juga kepada pelbagai peringkat umur 

Tempahan Jahitan | Sulaman Manik | Sulaman Kerawang Tempahan Individu

Tempahan Individu, Kahwin

Pelanggan akan meminta kami untuk menyediakan persalinan bagi Majlis Bertunang, Majlis Qatam Al-Quran, Majlis Malam Berinai, Majlis Angkat Nikah serta yang paling menjadi keutamaan adalah Majlis Bersanding untuk kedua pasangan mempelai.

Tempahan Individu, Baju Raya

Menjelang hari raya kami juga menerima jahitan pakaian untuk Lelaki dan Wanita bagi semua peringkat umur. Banyak juga fesyen yang diinginkan oleh pelanggan, seperti-
Baju Lelaki:

  1. Kurta
  2. Baju Melayu
  3. Jubah
  4. Kemeja Raihan
  5. Kemeja Batik

Baju wanita:

  1. Baju Kurung Moden
  2. Mini Baju Kurung Moden
  3. Baju Kebarung
  4. Baju Kurung
  5. Baju Kebaya Nyonya
  6. Dress Labuh 
  7. Jubah

Tempahan Individu, Jahitan Pelbagai

Selain dari jahitan untuk Majlis Perkahwinan dan Baju raya, kami juga menerima tempahan untuk Pakaian Koporat seperti Uniform dan pakaian harian mengikut kehendak pelanggan.

Ada juga yang meminta kami untuk menjahitkan Langsir, Cadar dan segala yang melibatkan jahitan juga kami boleh usahakan seperti Tudung.

Pelanggan meminta kami menyediakan sepersalinan busana Angkat Nikah untuk Majlis Angkat Nikah beliau.

Contoh: Baju Angkat Nikah

Pelanggan meminta kami menyediakan sepersalinan busana Angkat Nikah untuk Majlis Angkat Nikah beliau.

Baju kalau tiada sentiment Personal Touch, nanti tak selesa terutamanya Baju Raya. Yang paling penting kena Glamour

Ada Gaya, Barulah Ada Raya!

kata pelanggan kami mengenai pendapat beliau yang lebih gemar untuk menempah berbanding membeli secara atas talian

Tempahan Jahitan | Sulaman Manik | Sulaman Kerawang Rundingan Percuma!

Contoh: Lakaran Rekaan Fesyen

Gambar di atas menuntukkan Lakaran Rekaan Fesyen bagi Mini Baju Kurung Moden Kosong disuaikan bersama kain Songket dan diberikan Sulaman menggunakan kain songket tersebut kepada baju bagi menimbulkan kesinambungan diantara Mini Baju Kurung Moden dan Kain Songket tersebut.

Khidmat Rundingan Tempahan Jahitan Manik adalah PERCUMA!

Selain dengan niat mempermudahkan urusan pelanggan kami (sama ada yang telah menjadi pelanggan ataupun bakal menjadi pelanggan kami), Kami sendiri di Kedai jahit, Kedaijahit.com amat suka untuk berkenalan dan memahami dengan lebih lanjut setiap mereka yang menghubungi kedai jahit kami. Dengan ini kami dapat menganalisa, apakah yang terkini pelanggan sedang inginkan sekaligus membantu kami dalam menyediakan perkhidmatan atau produk di masa akan datang sesuai dengan permintaan pelanggan.

Antara Khidmat Rundingan Fesyen yang sering diminta oleh pelanggan kami adalah berkenaan:

  • Pemilihan kain yang sesuai bagi Majlis Angkat Nikah untuk Golongan Berbadan Besar.
  • Potongan kain yang sesuai untuk Mereka Yang Rendah.
  • Pilihan warna Baju Raya yang menarik bagi Mereka Yang Berkulit Gelap.

Dan sebagainya. Namun kami tidak pernah mengeluh untuk menjawap segala pertanyaan dari setiap para pelanggan kami, kerana secara tidak langsung ia merapatkan lagi hubungan kami bersama pelanggan dan memahami mereka sebaik mungkin.

Tempahan Jahitan | Sulaman Manik | Sulaman Kerawang Sebelum Proses Tempahan

Sebelum Proses Tempahan Jahitan | Sulaman Manik | Sulaman Kerawang dilakukan

Antara aspek yang paling penting dalam penyediaan sesuatu rekaan, kami akan cuma memahami personaliti setiap para pelanggan kami. Kami akan:

Perjumpaan

Menetapkan tarikh bagi perjumpaan pertama untuk perbincangan dasar seperti pemilihan kain juga warna dan rekaan idaman pelanggan.

Idea

Kami akan menyediakan lakaran kasar fesyen yang diinginkan agar pelanggan dapat memahami hasil akhir jahitan tempahan tersebut.

Perincian

Perincian akan dicadangkan seperti penggunaan Manik mahupun Sulaman Kerawang bagi menaikkan seri pada rekaan yang diinginkan.

Jadual

Pelanggan akan diberikan anggaran tempoh proses bermula dari jahitan baju, Jahitan Sulaman Manik hingga ke tempoh Jahitan Sulaman Kerawang.

Unjuran

Anggaran Jumlah Kos Keseluruhan bagi setiap tempahan akan disediakan untuk rujukan kami dan pelanggan. Ini bagi mencapai kesepakatan bersama sekaligus mengelakkan salah faham di masa akan datang.

Tempahan Jahitan | Sulaman Manik | Sulaman Kerawang Semasa Proses Tempahan

Semasa Proses Tempahan Jahitan | Sulaman Manik | Sulaman Kerawang dilakukan

Dalam memastikan kualiti jahitan, kualiti sulaman manik mahupun kualiti sulaman kerawang dilakukan dengan baik, kami akan menitik beratkan segala aspek yang diinginkan oleh pelanggan kami. Antaranya seperti:

Semakan

Segala yang diperlukan bagi penghasilan rekaan yang diinginkan pelanggan akan disemak dengan teliti bagi menjamin kualiti akhir.

Maklum

Pelanggan akan dimaklumkan berkenaan timeline setiap proses yang sedang berlaku pada pesanan mereka.

Fitting

Pelanggan akan dihubungi bagi Sesi Fitting Tempahan agar ukuran, suai letak perincian dan sentuhan akhir menepati permintaan. 

Perincian

Sesi perincian akan dilakukan setelah mendapat kata sepakat pada Sesi Fitting terdahulu.

Sentuhan akhir

Setelah mencapai kata sepakat, tempahan tersebut akan dilakukan sentuhan akhir seperti digosok atau dilipat mengikut permintaan pelanggan.

Tempahan Jahitan | Sulaman Manik | Sulaman Kerawang Selepas Proses Tempahan

Selepas Proses Tempahan Jahitan | Sulaman Manik | Sulaman Kerawang dilakukan

Bagi memastikan jadual pengambilan tempahan pelanggan berlangsung dengan lancar, kami akan:

Hubungi

Pelanggan akan dihubungi menggunakan Email Rasmi atau Whatapps Rasmi atau Panggilan Talifon menggunakan Nombor Rasmi kami Kedaijahit.com

Tetapan Jadual

Jadual akan ditetapkan bagi Sesi Penghantaran Tempahan Pelanggan mengikut persetujuan bagi tarikh, masa dan tempat yang diinginkan.

Semakan Akhir

Tempahan pelanggan akan sekali lagi disemak bagi memastikan kualiti, bilangan dan perincian mengikut kehendak pelanggan.

Bayaran

Semakan aliran tunai juga akan dilakukan bagi pembayaran jumlah akhir pada Invoice  sebelum perlepasan dilakukan.

Penghantaran

Pelanggan akan dihubungi telebih dahulu berkenaan penghantaran yang dilakukan seperti ke Rumah atau Hotel yang telah ditetapkan.

KedaiJahit.com

RTW-WEDDING-WHOLESALE

Info

Pandan Mewah Apartment Block A4, Level, 1, Jalan Pandan Mewah, Taman Pandan Mewah, 68000 Ampang Jaya, Selangor

Follow Us

FREE Khidmat Rundingan

Tempahan Jahitan
Sulaman Manik
Sulaman Kerawang