Teknik Mudah Lukis Motif Untuk Sulaman Kerawang dan Lakaran Motif Jahitan Manik
Ada yang bertanya kepada saya bagaimana Teknik Mudah bagi Lukis Motif Sulaman Kerawang mahupun Motif Jahitan Manik agar lakaran motif tersebut kelihatan sekata mengikut saiz yang diinginkan dan berada di tempat yang betul dan tips elak kesilapan supaya tidak perlu berulang kali memadamnya. Bagi saya ada banyak Teknik Mudah dalam Melukis Lakaran Motif untuk Sulaman Kerawang dan Jahitan Manik ini. Kali ini saya ingin kongsikan Teknik Tekap bagi Melukis Lakaran Motif untuk Sulaman Kerawang dan Jahitan Manik.
Lukis Motif Sulaman Kerawang dan Manik menggunakan Teknik Tekap
Apa itu Motif?
Motif dalam seni adalah hiasan, yang mana ia boleh dilakukan hanya sekali atau dengan cara berulang pada bahagian yang dikehendaki seperti di atas fabrik.
Apa itu Teknik Tekap?
Teknik Tekap dalam kata lain adalah ‘Tracing Technique’, ia adalah proses salinan motif asal kepada permukaan baru dengan cara menindih permukaan yang ingin dilukis ke atas permukaan motif asal tersebut.
Apakah bahan yang diperlukan untuk melakukan Proses Tekap ini?
Bahan yang diperlukan sangat ringkas dan ada di rumah kita, iaitu:
- Pensil
- Kertas
- Motif yang ingin dilakukan Tekap
- Kertas Minyak (Jika ada)
Teknik mudah lukis motif ini dapat dilakukan dengan 3 Langkah berbeza menggunakan Proses Tekap ini, seperti:
- Kotak Cahaya (Lightbox) semulajadi
- Kertas Karbon Home-Made
- Kertas Minyak *Baking Paper
Jadi, lepas ini mudah untuk anda lukis dan tiada lagi alasan tangan keras kaku atau tiada idea kerana dengan menggunakan teknik ini saya yakin Lakaran Motif Sulaman Kerawang atau Lakaran Motif Jahitan manik anda akan kelihatan lebih kemas dan sekata. Cuma tinggal cari Lakaran Motif Jahitan yang diinginkan mengikut selera untuk anda lakukan Teknik Tekap ini. Nasihat saya agar hati-hati semasa menekap motif yang tersedia di internet risau akan ada isu dengan pihak empunya terutamanya jika anda lakukan jualan pukal dan pasaran anda luas atau sekadar post di sosial media anda, pihak empunya boleh ambil tindakan jika mereka mempunyai copyright.