Skip to content

Servis

Manik

rsz_20131121_201716

Baju anda suram?

Jahitan manik memang menarik jika di jahit di semua pakaian, tak kira menjelang hari raya hinggakan pakaian kasual. Senang kata baju apa pun kalau letak manik kena dengan pemilihan warna dan rekaan memang akan menarik perhatian. Tambahan pula kalau nak raya, tengah hari raya waktu nak pergi melawat sedara-mara. Kalau baju tak berkilat tak raya la jawapnya.

Tambour beading

Kebiasaannya kami di kedaiJahit.com akan menggunakan teknik ini. Teknik ini dapat mengelak daripada benang di belakang kain tersangkut ke gelang tangan anda, dalam pada masa yang sama juga ia tidak mengkedutkan kawasan yang dijahit manik dan kelihatan 10x lebih kemas dari teknik jahitan manik biasa. Tidak hairanlah jika kenapa pereka di luar negara menggunakan teknik jahitan ini seperti Zuhair Murad.

teknik jahitan manik tambour beading menggunakan ram besar
Teknik jahit manik menggunakan ram cina

Di tudung, boleh?

Boleh, teknik jahit manik Tambour Beading ini tidak terhad kepada baju sahaja. Bayangkan anda boleh jadikan kerongsang dengan hanya menggunakan teknik manik ini. Antara kelebihan lain berbanding teknik jahit manik biasa adalah kalau baju anda mungkin sudah tidak muat untuk di pakai tapi manik kelihatan cantik dan bersinar lagi, anda boleh buka manik tersebut kerana ia tidak dijahit terus ke atas baju.

Dress bewarna kelabu asap untuk majlis angkat nikah

Baju saya dah jahit di tempat lain..

Untuk Teknik Jahitan manik Tambour Beading ini tidak semestinya perlu di jahit ketika pakaian telah siap. Manik di jahit di atas Sutera Organza kemudian akan di sulam ke atas baju yang anda inginkan, lebih muda juga jikalau anda telah tahu warna atau corak baju tersebut bagi memudahkan pemilihan manik.

Untuk mendapatkan khidmat jahit manik dari kami, tidak menjadi kemestian untuk anda tempah baju dari kami sahaja. Anda boleh hantarkan baju yang telah siap untuk kami sambung dengan kerja manik bagi menaikkan hasil perincian pada baju tersebut.

Tempahan Jahitan | Sulaman Manik | Sulaman Kerawang Tempahan Jahit Manik

Tempahan jahit manik kami adalah pelbagai

Tempahan jahitan manik kami tidak tertumpu pada baju yang di jahit di kedai kami sahaja, bahkan kami juga terima tempahan manik untuk baju yang telah siap dijahit oleh tukang jahit lain atau yang dibeli online ecommerce – shopee , lazada dan lain-lain.

SELALU KAMI TERIMA TEMPAHAN JAHITAN MANIK UNTUK:

1- Jahitan manik baju Bertunang
2- Jahitan manik baju Akad Nikah
3- Jahitan manik Baju Bersanding
4- Jahitan manik Baju pengantin
5- Jahitan manik baju malam berinai
6- Jahitan manik majlis qatam Al-Quran
7- Jahitan manik pada Jubah untuk ke Umrah dan Haji
8- Jahitan manik pada baju konvokesyen
9- Jahitan manik pada baju Bulan Merdeka anak
10- Jahitan manik pada baju sambutan hari kelahiran
11- Jahitan Manik pada dress ulang tahun perkahwinan
12- Jahitan manik pada hiasan dulang perkahwinan
13- Jahitan manik pada Veil pengantin
14- Jahitan manik pada hiasan bilik pengantin
15- Dan banyak lagi tempahan jahitan manik yang kami terima untuk pelbagai jenis majlis keramaian.

Anda ingin tempahan jahitan manik tapi bajet terhad?

Berbanding kedai jahit lain, cara kami menyediakan satu motif jahitan manik amat berlainan dan pelanggan juga selesa. Terutamanya dari segi pemilihan warna dan material manik yang akan digunakan, semua kami akan maklumkan kepada pelanggan agar pelanggan tahu dan faham berkenaan hasil akhir khususnya harga. 

Proses penyediaan sampel amat penting agar pelanggan dapat memahami dengan lebih lanjut berkenaan hasil akhir yang akan disiapkan.

Contoh: Penyediaan sampel akhir kepada pelanggan

Proses penyediaan sampel amat penting agar pelanggan dapat memahami dengan lebih lanjut berkenaan hasil akhir yang akan disiapkan.

Ramai pelanggan kami bersetuju dengan pendapat kami:

“Baju tiada manik tak naik seri:

Rata-rata pelanggan kami mempunyai pendapat yang sama dimana setiap jahitan baju yang telah siap jahit jika tiada manik akan kelihatan hambar dan segan untuk dipakai terutamanya untuk ke majlis seperti Majlis Perkahwinan.

Tempahan Jahitan | Sulaman Manik | Sulaman Kerawang Rundingan Percuma!

Contoh: Suai padan material manik pada baju

Kami amat gembira untuk membantu semua para pelanggan kami. Tidak kisah sama ada yang baru atau lama, kami sedia untuk melayani segala pertanyaan terutamanya berkaitan Tempahan Jahitan Manik. 
Ada yang sekadar ingin minta pendapat kami berkaitan gabungan warna untuk Tempahan Jahit Manik pada Baju Tunang, Baju Akad Nikah mahupun Baju Bersanding walau apa pun ia, tidak menjadi kemestian untuk segala pertanyaan anda wajib melakukan tempahan dengan kami.
Ini kerana, kami percaya dengan mempermudahkan urusan anda maka urusan kami juga akan dipermudahkan oleh-Nya, Amin.

Khidmat Rundingan Tempahan Jahitan Manik adalah PERCUMA!

Selain dengan niat mempermudahkan urusan pelanggan kami (sama ada yang telah menjadi pelanggan ataupun bakal menjadi pelanggan kami), Kami sendiri di Kedai jahit, Kedaijahit.com amat suka untuk berkenalan dan memahami dengan lebih lanjut setiap mereka yang menghubungi kedai jahit kami. Dengan ini kami dapat menganalisa, apakah yang terkini pelanggan sedang inginkan sekaligus membantu kami dalam menyediakan perkhidmatan atau produk di masa akan datang sesuai dengan permintaan pelanggan.

Tempahan Jahitan | Sulaman Manik | Sulaman Kerawang SEBELUM - Proses Tempahan Jahit Manik

Sebelum Proses Tempahan Jahitan Manik

Antara aspek yang paling penting dalam penyediaan sesuatu rekaan, kami akan cuma memahami personaliti setiap para pelanggan kami. Kami akan:

Perjumpaan

Menetapkan tarikh bagi perjumpaan pertama untuk perbincangan dasar seperti pemilihan kain juga warna dan rekaan idaman pelanggan.

Idea

Kami akan menyediakan lakaran kasar motif jahit manik yang diinginkan agar pelanggan dapat memahami hasil akhir jahitan tempahan tersebut.

Perincian

Perincian akan dicadangkan seperti penggunaan jenis material manik juga pemilihan warna dan proses yang sesuai agar portion dan lokasi jahitan manik tepat.

 

Jadual

Pelanggan akan diberikan anggaran tempoh proses bermula dari plot motif jahit manik, pemilihan konsep dan selanjutnya ke proses akhir.

Unjuran

Anggaran Jumlah Kos Keseluruhan bagi setiap tempahan akan disediakan untuk rujukan kami dan pelanggan. Ini bagi mencapai kesepakatan bersama sekaligus mengelakkan salah faham di masa akan datang.

Tempahan Jahitan | Sulaman Manik | Sulaman Kerawang SEMASA- Proses Tempahan Jahit Manik

Semasa Proses Tempahan Jahitan Manik

Dalam memastikan kualiti jahitan, kualiti sulaman manik mahupun kualiti sulaman kerawang dilakukan dengan baik, kami akan menitik beratkan segala aspek yang diinginkan oleh pelanggan kami. Antaranya seperti:

Semakan

Segala yang diperlukan bagi penghasilan rekaan jahit manik yang diinginkan pelanggan akan disemak dengan teliti bagi menjamin kualiti akhir.

Maklum

Pelanggan akan dimaklumkan berkenaan timeline setiap proses yang sedang berlaku pada pesanan mereka.

Fitting

Pelanggan akan dihubungi bagi di bentang motif sesuai seperti yang telah dibincangkan

Sentuhan akhir

Setelah mencapai kata sepakat, jahitan manik tersebut akan dilakukan hingga proses akhir 

Tempahan Jahitan | Sulaman Manik | Sulaman Kerawang SELEPAS - Proses Tempahan Jahit Manik

Selepas Proses Tempahan Jahitan Manik

Bagi memastikan jadual pengambilan tempahan pelanggan berlangsung dengan lancar, kami akan:

Hubungi

Pelanggan akan dihubungi menggunakan Email Rasmi atau Whatapps Rasmi atau Panggilan Talifon menggunakan Nombor Rasmi kami Kedaijahit.com

Tetapan Jadual

Jadual akan ditetapkan bagi Sesi Penghantaran Tempahan Pelanggan mengikut persetujuan bagi tarikh, masa dan tempat yang diinginkan.

Semakan Akhir

Tempahan pelanggan akan sekali lagi disemak bagi memastikan kualiti, bilangan dan perincian mengikut kehendak pelanggan.

Bayaran

Semakan aliran tunai juga akan dilakukan bagi pembayaran jumlah akhir pada Invoice  sebelum perlepasan dilakukan.

Penghantaran

Pelanggan akan dihubungi telebih dahulu berkenaan penghantaran yang dilakukan seperti ke Rumah atau Hotel yang telah ditetapkan.

TEMPAHAN JAHIT MANIK Blog - Jahit Manik

Tips dan Panduan terkini berkenaan jahitan manik

Dapatkan tips dan Panduan berkenaan jahitan manik yang terkini dan anda boleh mendapatkan idea dalam membuat keputusan bagi teknik yang akan digunakan atau pemilihan material yang sesuai untuk menaikkan seri pada baju idaman anda

KedaiJahit.com

RTW-WEDDING-WHOLESALE

Info

Pandan Mewah Apartment Block A4, Level, 1, Jalan Pandan Mewah, Taman Pandan Mewah, 68000 Ampang Jaya, Selangor

Follow Us

FREE Khidmat Rundingan

Tempahan Jahitan
Sulaman Manik
Sulaman Kerawang