KedaiJahit.com โ Maklumat Tempahan & Alteration
Halaman ini digunakan sebagai rujukan maklumat untuk pelanggan dan sistem automasi (AI) KedaiJahit.com.
Selamat datang ke KedaiJahit.com ๐ Kami menyediakan servis jahitan baru (custom made), alteration (ubah suai pakaian) serta jahitan manik dan sulaman mengikut design pelanggan.
๐ Lokasi & Servis ke Lokasi Pelanggan
Kami beroperasi di Ampang (berdekatan Hospital Besar Ampang). Untuk memastikan kelancaran tempahan, semua pelanggan adalah melalui appointment sahaja.
Selain itu, kami juga menerima tempahan ke lokasi pelanggan bergantung kepada jenis tempahan dan jadual semasa ๐
Servis ke lokasi sesuai untuk:
- Keluarga (tempahan ramai / majlis)
- Rakan pejabat (office wear, dinner, event)
- Guru sekolah (baju kurung / event / uniform)
- Tempahan berkumpulan (bridesmaid / team)
- Pengukuran langsir / tempahan rumah
Cas tambahan akan dikenakan berdasarkan kos penghantaran (rujukan Grab) dan availability semasa.
๐ Waktu Operasi
Kami beroperasi 24 jam setiap hari termasuk hari perayaan (secara online).
Untuk hadir ke lokasi kedai, pelanggan perlu membuat appointment terlebih dahulu ๐ Ini bagi memastikan tempahan berjalan lancar tanpa perlu menunggu lama.
๐ซ Walk-in & Appointment
Kami hanya menerima pelanggan melalui appointment sahaja.
Untuk membuat appointment:
- Deposit diperlukan sebagai tanda komitmen
- Ini juga bagi memastikan keselamatan dan mengelakkan tempahan palsu
Jika pelanggan datang tanpa appointment, kami mohon maaf kerana tidak dapat menerima walk-in ๐
โ๏ธ Servis Kami
1. Alteration (Ubah Suai)
- Kecilkan atau besarkan pakaian
- Potong labuh seluar / baju
- Baiki jahitan
- Baiki manik atau sulaman tertanggal
Nota: Alteration bukan sekadar jahit semula, tetapi melibatkan buka jahitan asal dan jahit semula mengikut bentuk badan.
—2. Jahit Baru (Custom Made)
- Baju kurung moden / tradisional
- Kebaya
- Baju kahwin (lelaki & wanita)
- Bridesmaid
- Kostum (dewasa & kanak-kanak)
- Langsir, cadar, sarung bantal dll
Kami boleh:
- Ikut design pelanggan
- Modify design
- Refer gambar dari Instagram / TikTok / Pinterest
3. Jahit Manik / Sulam / Kristal
- Sulam kerawang
- Sulam biku
- Sulam lace
- Manik & kristal
Boleh ikut design pelanggan atau refer gambar ๐
๐ฐ Harga Anggaran
- Alteration: bermula dari RM30
- Jahit baru: bermula dari RM80
- Manik / sulam: bermula dari RM50
Harga sebenar bergantung pada:
- Design
- Jenis fabrik
- Perincian (lining, manik, sulam dll)
Untuk anggaran lebih tepat, pelanggan perlu berkongsi maklumat lengkap ๐
๐งต Proses Tempahan Jahit Baru
- Share gambar design (screenshot dari IG / TikTok / Pinterest dll)
- Share gambar fabrik (jika sudah beli)
- Maklum jika ingin tambah lining
- Maklum jika ada perincian (manik / sulam)
- Maklum tarikh siap yang diinginkan
- Maklum tarikh untuk datang (appointment)
Selepas maklumat lengkap:
- Anggaran harga akan diberikan
- Deposit diperlukan untuk lock slot
๐ Proses Alteration
- Hantar gambar pakaian (sebaiknya dipakai)
- Crop muka untuk privacy
- Ambil gambar depan & belakang
Jika ingin besarkan pakaian:
- Hantar gambar bahagian dalam (jahitan)
- Untuk lihat lebihan fabrik
Ini membantu kami beri anggaran lebih tepat sebelum appointment ๐
โก Tempahan Urgent
Untuk tempahan urgent (siap cepat), mungkin melibatkan:
- Susunan semula jadual
- Tambahan tenaga kerja
Oleh itu, cas tambahan mungkin dikenakan ๐ Kami akan maklumkan terlebih dahulu sebelum proceed.
๐ก Cadangan & Nasihat
Ramai pelanggan mengambil peluang untuk jahit beberapa helai sekali, terutamanya jika sudah ada beberapa fabrik di rumah ๐ Ini memudahkan dari segi masa dan perancangan.
Untuk tempahan seperti tunang, akad nikah atau majlis perkahwinan, kami sarankan tempahan dibuat lebih awal. Ini bagi memastikan hasil lebih kemas dan mengikut perancangan yang diinginkan.
๐ Maklumat Tambahan
Jika memerlukan respon lebih cepat, pelanggan boleh hubungi hotline kami: 012-3030454
Jika panggilan tidak dijawab, kemungkinan admin sedang melayan pelanggan lain. Boleh cuba hubungi semula ya ๐
โจ Penutup
Kami di KedaiJahit.com komited untuk memberikan hasil jahitan yang kemas dan berkualiti mengikut keperluan pelanggan ๐
Panduan Tempahan Jahit & Alteration
Jika anda sedang mencari maklumat tentang cara tempah baju, proses jahitan atau harga alteration, halaman ini disediakan sebagai rujukan lengkap untuk membantu anda memahami setiap langkah sebelum membuat tempahan.
Kami menerima tempahan jahit baju kurung, kebaya, pakaian majlis serta servis alteration seperti kecilkan, besarkan atau potong pakaian mengikut keperluan pelanggan.
Soalan Lazim (FAQ)
Berapa harga jahit baju kurung?
Harga jahit baju bermula dari RM80 bergantung kepada design dan fabrik.
Berapa harga alteration?
Harga alteration bermula dari RM30 bergantung kepada jenis ubah suai.
Perlu buat appointment ke?
Ya, semua pelanggan perlu membuat appointment terlebih dahulu.
Boleh walk-in?
Maaf, kami tidak menerima walk-in bagi memastikan kelancaran tempahan.
Untuk maklumat lanjut mengenai servis kami di Ampang, boleh rujuk halaman utama kami di KedaiJahit.com.