FAQ
Berikut adalah soalan yang kerap ditanyakan kepada kami berkenaan perkhidatan yang kami tawarkan.
Maklumat ini juga, diharap dapat menjawab sebarang pertanyaan anda, namun jika anda masih ada sebarang persoalan sila hantarkan ke kami menggunakan link berikut
Borang Pertanyaan- Berkenaan tempahan dan lain-lain
-
Soalan Lazim (FAQ) – KedaiJahit.com
1. Di manakah lokasi Kedai Jahit?
Kedai kami terletak di Pandan Mewah, Ampang, Selangor.
2. Apakah waktu operasi Kedai Jahit?
Kami beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu, termasuk cuti umum.
3. Bagaimana cara untuk membuat tempahan atau bertanya?
Anda boleh hubungi kami melalui:
-
WhatsApp / Call: +6012-303 0454
-
Instagram: @kedaijahit.company
-
Facebook: Kedaijahit.company
-
Email: [email protected]
-
Website: www.kedaijahit.com
4. Apakah jenis perkhidmatan jahitan yang ditawarkan?
Kami menerima:
-
Tempahan lelaki dan wanita, semua peringkat umur.
-
Jahitan untuk semua jenis majlis termasuk perkahwinan.
-
Alteration (ubah suai), langsir, manik, sulam (kecuali sulam nama).
-
Jahitan kraf & aksesori seperti bag, sapu tangan dan sebagainya.
Nota: Kami tidak menerima tempahan sulaman nama kerana kaedah sulam kami adalah manual dan tidak sesuai untuk hasil yang memerlukan ketepatan tinggi.
5. Adakah tempahan boleh dibuat secara atas talian?
Ya, anda boleh buat booking secara online, namun pelanggan wajib hadir mengikut temujanji yang telah ditetapkan.
Kami tidak menerima walk-in untuk mengelakkan jadual bertembung & masa menunggu yang panjang.
6. Adakah servis ekspres atau siap segera disediakan?
Ya, kami menyediakan servis ekspres, termasuk pada waktu lewat malam — bergantung kepada jadual semasa.
Sila semak dahulu dengan kami. Cas tambahan akan dikenakan.
7. Adakah Kedai Jahit menerima tempahan dalam kuantiti besar?
Ya. Kami menerima tempahan pukal seperti:
-
Baju bridesmaid perkahwinan.
-
Uniform batik guru lelaki & wanita.
-
Tempahan bukan pakaian seperti bag, sapu tangan & kraf jahitan lain.
8. Berapa lama masa siap untuk tempahan?
Masa siap bergantung pada jenis tempahan dan jadual semasa. Paling cepat adalah 1 jam, namun pelanggan perlu semak dahulu lebih awal untuk pengesahan.
Penting: Sila hubungi kami lebih awal untuk pengesahan masa siap. Kami pernah menghadapi situasi di mana pelanggan meminta jahitan siap dalam masa 7 hari dan datang pada saat-saat terakhir, seperti semasa hari raya, dan menyangka ia boleh disiapkan dengan segera. Untuk elak sebarang salah faham, pastikan anda tanya kami terlebih dahulu untuk mendapatkan tarikh yang tepat.
9. Apakah polisi bayaran?
-
Deposit diperlukan setelah kami mendapatkan maklumat lengkap seperti jenis fabrik, detailing rekaan dan lain-lain.
-
Tarikh temujanji hanya akan diberikan setelah deposit dibayar.
-
Polisi deposit: Jika tiada deposit, pelanggan boleh mengganggu jadual pelanggan lain yang lebih mengutamakan komitmen.
10. Apakah polisi pembatalan atau perubahan temujanji?
-
Pembatalan tempahan: Deposit tidak akan dipulangkan jika tempahan dibatalkan.
-
Perubahan tarikh: Boleh dilakukan, namun perlu dimaklumkan sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum tarikh asal untuk pengurusan jadual yang lebih baik.
11. Adakah Kedai Jahit menerima tempahan menggunakan pos?
Ya, kami terima tempahan melalui pos dari seluruh Malaysia termasuk Brunei dan Singapore. Pelanggan boleh:
-
Hantar fabrik dan baju contoh untuk rujukan ukuran.
-
Jika diperlukan, kami boleh belikan fabrik untuk anda tanpa sebarang kos tambahan seperti cas parking, minyak, atau tol untuk memastikan anda mendapat perkhidmatan terbaik.
-