Kenali KedaiJahit.com
KedaiJahit.Com dibina bedasarkan hubungan yang erat antara kami dan pelanggan- kedengaran agak klise, tetapi itu BENAR. Kami di KedaiJahit.com percaya bahawa perniagaan dan pertumbuhan berulang berpunca dari usaha hebat yang membuatkan pelanggan kami kembali- BUKAN mengharapkan keuntungan semata-mata, tetapi perkongsian sejati dengan hasil yang dapat diukur. Inilah sebabnya mengapa banyak pelanggan kami telah bersama kami selama lebih 10 tahun dan kami berharap untuk berkongsi pelbagai lagi rekaan yang menarik di tahun yang akan datang.
Anda suka, Kami Gembira!
Anda bermasam muka, Kami tidur tak lena
Gambar model berpakaian hitam ini adalah rekaan yang telah Zulfadli Nasir persembahkan pada Malaysia International Fashion Weeks (MIFW) pada tahun 2009 di Pavilion, Kuala Lumpur.
Rekaan ini bertemakan ‘Aladdin’, yang mana beliau cuba untuk memberikan gambaran bagaimana jikalau Aladdin muncul di dunia nyata ini. Bagi mengekalkan ‘Arabic Looks ‘ ini beliau telah membuat gabungan Harrem Pants dan bengkung bagi menggantikan sampin juga di modenkan dengan penggayaan kemeja.
Itu adalah tanggapan beliau sebagai pereka fesyen terhadap Aladdin, bagaimana dengan interpetasi anda?
Piala: TOP 10 STUDENT 2010 IFTC
SSM: ZULFADLI NASIR LEGACY
REG NUM: 003052128-T
Sebelum Zulfadli Nasir menyambung pelajaran ke bidang fashion, beliau di rumah amat minat dengan seni jahitan. Beliau telah pergi ke kedai untuk meminjam mesin jahit dan bayar seperti CyberCafe – mengikut jam. Pertama dulu beliau tidak jahit baju, sebaliknya beliau mulakan ilmu jahitan dengan menjahit bag.
Daripada beliau mula jahit hanya untuk suka, kemudian mendapat pelanggan dan ramai yang meminta pesanan mereka mengikut design khas yang mereka inginkan. Dan mula lah beliau timbul rasa minat yang lebih mendalam dan berniat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai seni jahitan ini dan tidak hanya berhenti di sini.
‘Puteri Hang Li Po’ di Islamic Fashion Festival (IFF)
Zulfadli Nasir bergambar bersama artis tempatan Malaysia, Ifa Raziah (salah seorang artis jemputan bagi memeriahkan lagi majlis pada malam tersebut) semperna pertunjukan fesyen beliau di JW Marriot, Kuala Lumpur bertemakan ‘Puteri Hang Li Po’
Fashion show – Malaysia International Fashion Weeks 2011 di Zebra Square, Kuala Lumpur
Fashion show – Malaysia International Fashion Weeks 2012 di Pavilion, Kuala Lumpur
Pencapaian Terbesar - Menerima Anugerah Penghargaan dari Raja Muda Perlis
Kenangan Terindah!
Sepanjang Hayat
Antara penghargaan yang paling besar pernah beliau terima sepanjang penglibatan di dalam arena Fesyen Tanah Air adalah Anugerah Penghargaan dari Raja Muda Perlis yang turut serta menghadirkan diri mencemar duli ke pertunjukan fesyen beliau di JW Marriot.
Turut disaksikan oleh barisan pereka fesyen tempatan yang lain seperti (dari kiri atas) Zery Zamri, (sebelah beliau) Fiza Azukarnain Couture, (sebelah beliau) HOUSE OF WANPA yang mana turut serta memeriahkan lagi pertunjukan fesyen pada hari tersebut dengan mempamerkan koleksi terbaru mereka pada hari yang sama.
Fashion show
‘Bidadari’ – MIFW
Antara pertunjukan fesyen yang telah disertai oleh Zulfadli Nasir bertemakan BIDADARI di Zebra Square jemputan Malaysia International Fashion Weeks (MIFA)
Fashion show
‘Love’in Paris’ – MIFW
Pertunjukan fesyen yang berikutnya telah disertai pada hari yang sama oleh Zulfadli Nasir bertemakan Love’in Paris di Zebra Square jemputan Malaysia International Fashion Weeks (MIFA)
Tempahan Individu dan Tempahan Pukal
Kedai Jahit | Sulaman Manik | Sulaman Kerawang
Perkhidmatan merangkumi Tempahan Jahitan bagi Lelaki dan Wanita juga kepada pelbagai peringkat umur
Zulfadli Nasir Portfolio
Fashion Show
Antara Pertunjukan Fesyen yang telah beliau sertai sepanjang perjalanan bergelar Pereka Fesyen tempatan
(koleksi mungkin tidak banyak namun ia akan update dari masa ke semasa) – Harap maklum.
Media
Berikut adalah antara liputan media berkaitan rekaan fesyen beliau seperti di surat khabar, majalah dan television.
(koleksi mungkin tidak banyak namun ia akan update dari masa ke semasa) – Harap maklum.
KedaiJahit.com
RTW-WEDDING-WHOLESALE
Info
Follow Us
FREE Khidmat Rundingan
Tempahan Jahitan
Sulaman Manik
Sulaman Kerawang