Promosi 50% Baju Kurung Moden Raya 2024

Ya, Promosi 50% Tempahan Baju Kurung Moden Raya 2024 kembali lagi. Kami di kedai jahit Kedaijahit.com amat menghargai para pelanggan kami dan amat prihatin berkenaan ekonomi yang terkesan kepada semua rakyat malaysia. Dalam usaha membantu bagi meringankan beban mereka, tahun ini kami meneruskan lagi Promosi Tempahan Baju Kurung Moden bagi tahun 2024.

baju kurung moden skirt potongan a

Bagi para pelanggan yang telah mengetahui berkenaan promosi ini, seperti biasa boleh menghubungi kami langsung melalui talifon atau menghantarkan whatapps kepada kami dan begitu juga kepada para pelanggan yang baru kami mengalukan anda merebut promosi ini.

Apakah promosi Promosi 50% Baju Kurung Moden Raya 2024 tersebut?

Pelanggan akan diberikan potongan harga 50% bagi setiap tempahan baju kurung moden yang ke 2. Ya, potongan harga 50% yang mana bagi harga biasa pelanggan perlu membayar RM100 bagi baju kurung moden tiada lining manakala RM150 bagi baju kurung moden berlining. Namun dengan promosi ini, anda hanya perlu membayar RM150 untuk 2 baju kurung moden tiada lining (biasa RM200) atau RM225 untuk 2 baju kurung moden berlining (biasa RM300).

Apakah syarat Promosi 50% Baju Kurung Moden Raya 2024?

  • Tempahan ini adalah untuk individu yang sama, 2 tempahan tersebut adalah untuk saiz individu yang sama dan bukan orang yang berlainan.
  • Tempahan baju kurung moden ini adalah bagi collar bulat dan berbelah di bahagian hadapan – terserah pilihan pelanggan.
  • Baju kurung moden ini akan diletakkan zip di bahagian kedua belah tangan dan pada bahagian belakang baju dan skirt.
  • Bagi fabrik seperti berbatu atau lace akan dikenakan cas tambahan – sila sediakan gambar bagi memudahkan kami memberikan anggaran kos berkenaan fabrik anda.
  • Pilihan skirt hanya terhad kepada rekaan potongan duyung atau lipat batik sahaja.

Siapakah yang sesuai mendapatkan Promosi 50% Baju Kurung Moden Raya 2024 ini?

Memandangkan musim raya 2024 masih lagi belum sampai ke penghujungnya, kami menggalakkan semua masyarakat Malaysia tidak melepaskan peluang ini. Namun amat digalakkan kepada pekerja kerajaan seperti Guru kerana kami faham ramai antara pekerja kerajaan perlu menempah baju kurung moden terutamanya batik setelah kerajaan mewajibkan pemakaian batik pada hari khamis jadi ini adalah peluang anda menempah dan berjimat kerana tempahan ke 2 adalah potongan 50% oleh yang demikian boleh tempah 4 pasang terus – Tempah 4 bayar hanya 3, biasa RM400 untuk 4 pasang dengan promosi ini hanya RM300 sahaja.

Untuk para pelajar juga tidak ketinggalan, kami banyak menerima tempahan bagi pelajar yang akan melakukan latihan industri yang memerlukan mereka memakai baju kurung, jadi rebut promosi ini kerana ia terhad.

Bilakah promosi ini akan TAMAT?

Pada setakat ini, kami belum lagi menetapkan tarikh tamat bagi promosi Tempahan Baju Kurung Moden ini. Namun, bos kata projektion tamat sekitar 10.5.2024 iaitu pada hari jumaat minggu ke 2 bulan 5 tahun 2024. Bagaimana pun, hubungi kami semula jika anda terlepas tarikh ini andai kata anda baru terjumpa post berkenaan promosi kedai jahit ini mungkin anda bertuah. Namun jangan tunggu hingga ke saat akhir kerana kami target order yang akan diterima hanya untuk 100 pasang baju kurung moden sahaja.