3 kriteria menjadi Tukang Jahit pada PKP 2021

3 kriteria menjadi Tukang Jahit pada PKP 2021 amat penting bagi anda menguasai terutamanya dalam keadaan pandemik Covid-19 yang telah melanda Malaysia bermula tahun 2020 lepas. Berikutan itu, ramai yang telah kehilangan pekerjaan dan terkesan sekaligus memaksa setiap daripada kita untuk menjana pendapatan bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Bergelar sebagai Tukang Jahit boleh menjadi satu kerjaya yang akan memberikan anda kepuasan di mana ia melibatkan perhatian terhadap perincian dan ekspresi artistik amat diperlukan. Walaupun kebanyakan orang kebiasaannya akan mengaitkan Tukang Jahit dengan kedai jahit alteration, namun Tukang Jahit tidak hanya melakukan itu kerana ia merangkumi pelbagai posisi, termasuk sebagai pereka kostum dan penata rias peribadi.

Mesin-singer-hitam
Belajar menjahit asas menggunakan mesin jahit singer hitam

3 kriteria menjadi Tukang Jahit pada 2021 : #1 Pelajaran

Dapatkan sijil dari sekolah. Sebagai Tukang Jahit, tiada syarat pendidikan rasmi untuk menjadi tukang jahit. Walau bagaimanapun, sebagai syarat umum anda amat digalakkan anda sekurang-kurangnya memiliki Sijil Sekolah Menengah terutamanya jikalau anda berhasrat untuk menjadi Tukang Jahit untuk sebuah syarikat fesyen yang lebih besar.

Hubungi penyelia di sekolah anda untuk melihat dan menurut serta kelas yang terbukti releven dengan bidang ini. Paling tidak, anda harus berusaha mengikuti kelas ekonomi rumah tangga yang ditawarkan di Sekolah Menengah. Beberapa sekolah menengah mungkin mempunyai kursus menjahit yang lebih mendalam yang mana dapat mengajar anda mengenai reka bentuk fesyen, seni jahitan tangan dan asas jahitan tenaga industri seperti Sekolah Vokasional.

Dalam masa yang sama, anda digalakkan untuk mengambil subjek pendidikan seni. Subjek ini amat membantu anda sebagai Tukang Jahit dalam mengembangkan rasa estetik ke arah yang lebih baik sehingga anda akan lebih bersedia untuk bekerja dengan warna dan penggayaan serta gabungan.

Pastikan juga kemahiran subjek matematik asas sehingga anda tidak akan menghadapi masaalah untuk bekerja dengan teknik pengukuran di masa akan datang. Kelas asas perniagaan seperti subjek perdagangan juga dapat membantu anda jika anda ingin merancang menjadi Tukang Jahit yang mempunyai bisnes sendiri.

Kursus belajar sambil bekerja juga dilihat amat bermanfaat, kerana tenaga pengajar mungkin dapat membantu anda bekerja dalam industri fesyen yang anda minat disamping anda dapat mengasah kemahiran dengan lebih teliti.

Sambung pelajaran anda *jika anda bekemampuan ke peringkat Kolej. Walaupun anda tidak bercadang untuk menjadi seorang Guru, anda boleh memanfaatkan dengan mengikuti kelas kolej berkenaan fesyen dan seni reka bentuk. Selain bermanfaat untuk meningkatkan pengalaman anda sendiri, mempunyai sijil kerja kursus atau ijazah mungkin dapat membuat majikan anda lebih cenderung mempertimbangkan anda untuk pekerjaan di peringkat lebih tinggi dan memikul jawatan yang lebih besar. Dalam masa yang sama, antara kebaikan melanjutkan pelajaran anda sebelum bergelar Tukang Jahit juga, anda dapat mengkaji segala aspek yang berkaitan dengan rekaan pakaian, rekaan motif dan pemilihan corak, tekstil atau fabrik, kekemasan serta perincian dan kesesuaian keseluruhan.

Selain menguasai kelas jahitan dalam menyiapkan diri anda sebelum bergelar Tukang Jahit, anda juga dinasihatkan untuk mengikuti kelas perniagaan. Ini kerana rata-rata yang telah mempelajari selok belok asas jahitan, akhirnya akan menjadi Tukang Jahit dan memilih untuk membuka perniagaan sendiri. Walaupun subjek perniagaan tidak dipertitik beratkan namun dengan adanya ilmu asas penyelarasan kewangan, ia dapat membantu anda untuk lebih bertanggungjawap dalam melakukan tugas yang terlibat dalam menjalankan perniagaan anda sendiri dengan lebih mudah dan berdisiplin.

3 kriteria menjadi Tukang Jahit pada 2021 : #2 Pegalaman

Bekerja sebagai Perintis. Salah satu perkara terbaik yang boleh anda lakukan dalam memastikan anda mempersiapkan diri untuk bekerja sebagai Tukang Jahit profesional adalah dengan mengambil segala ilmu dan tunjuk ajar berkaitan asas Tukang Jahit dari penjahit yang sudah bertapak lama dalam bidang perniagaan. Penjahit lama akan melatih anda dalam kemahiran yang anda perlukan untuk memasuki bidang perniagaan dan pengalaman yang telah anda terima ini akan kelihatan begitu baik pada resume atau CV anda di masa akan datang.

Anda mungkin dapat mencari program Tukang Jahit perintis dan bekerja dengan Penjahit lama berkenaan melakukan alteration, tempahan baju kahwin atau tempahan pukal yang mana lebih mengkhususkan pada kuantiti yang lebih besar. Anda tidak perlu risau dengan keadaan yang akan anda tempuh sebagai Tukang Jahit perintis. Kebiasaannya penjahit lama akan berikan tugasan mudah kepada anda pada peringkat awal berkenaan menjahit, memperbaiki dan mengubah pakaian. Dan kemudian semasa anda menunjukkan kemahiran dan pemahaman anda, anda akan diberikan tugas yang lebih kompleks dari masa ke semasa.

Dalam masa yang sama ketika anda sedang menjalani proses perintis, anda digalakkan untuk berlatih dengan alat perdagangan. Tidak kira bagaimana anda memilih untuk mendapatkan latihan dan pengalaman kerja sebelum memulakan karier sebagai Tukang Jahit, anda harus memastikan bahawa anda mempunyai banyak pengalaman dalam menggunakan alat jahitan. Sebagai contoh anda seharusnya mahir dalam menggunakan pita pengukur dan alat pengukur lain.

Pita pengukur kebiasaannya digunakan untuk mengukur badan, tetapi pembaris biasanya digunakan untuk jarak lubang kancing dan panjang hem. Pembaris lengkung Perancis (French Curve Ruler) sangat membantu anda sebagai tukang jahit untuk bekerja dengan garis jahitan bersudut.

Dalam masa yang sama anda harus bekerja dengan Mesin Jahit Industri dan Mesin Jahit Tepi. Ketika anda cuba menggunakan mesin jahit ini, cuba untuk tetapkan kondisi jahitan yang berbeza ketika menggunakan mesin jahit ini. Cuba gunakan pelbagai jenis saiz jarum mesin jahit untuk hasil jahitan yang pelbagai, dan tidak dilupakan juga untuk mencuba menggunakan pelbagai jenis benang dan fabrik. Tidak dilupakan juga untuk mencuba dalam memahirkan teknik pemotong kain seperti penggunaan Gunting Jahit Kain, Gunting Pemangkas dan Pemotong Putar. Anda harus mengetahui dengan lebih mendalam berkenaan pemotong kain ini terutamanya bila ia harus digunakan dan untuk tujuan apa.

Amalkan cuba untuk bekerja di kedai yang menjual alat jahitan. Sebagai seorang penjahit, kebiasaannya mereka perlu bekerjasama dengan orang ramai. Jadi dengan mempraktikkan penjualan dan perkhidmatan langsung kepada pelanggan sekurangnya anda mendapat manfaat dalam jangka masa panjang. Sepanjang mendapatkan pengalaman bekerja di kedai jahit yang menjual alat jahitan, anda dapat mengembangkan kemahiran komunikasi dan interpersonal supaya pelanggan merasa selesa ketika melakukan urusan dengan anda terutamanya semasa anda melakukan pengukuran dan melakukan perbincangan dalam mencapai kata sepakat berkenaan kehendak pelanggan.

Perbaiki kemahiran anda sendiri mengikut kehendak anda. Latihan rasmi dan profesional amat membantu, tetapi jika anda ingin menjadi tukang jahit yang sangat berkemahiran, anda perlu berlatih mengikut masa yang anda selesa. Andai kata anda merancang untuk bekerja sendiri, latihan sendiri mungkin cukup sebagai pemulaan. Bagi membantu anda berjaya dalam melakukan latihan sendiri, anda harus mendapatkan buku panduan menjahit sebagai rujukan. Buku tersebut haruslah merujuk kepada jenis kain, reka bentuk fesyen dan segala topik yang berkaitan jahitan. Dalam membantu anda lebih memahami teknik jahitan, anda digalakkan untuk menonton video demonstrasi di laman sesawang, seperti di Youtube.com . Ini dapat memudahkan anda lebih memahami berbanding melihat gambar pada buku semata-mata.

3 kriteria menjadi Tukang Jahit pada 2021 : #3 Mencari Kerja

Dari peringkat awal, ketika anda menyatakan minat anda untuk menjadi tukang jahit anda harus tentukan untuk bekerja sendiri atau bekerja untuk orang lain. Kerana terdapat kebaikan dan keburukan dalam membuat keputusan ini. Setelah anda meneliti pilihan sebelum membuat keputusan, anda harus bersiap sedia untuk ke arah tersebut. Bekerja dengan orang lain sebagai tukang jahit dapat menghadkan jumlah tanggungjawap dan kebimbangan yang anda perlu uruskan termasuk pengurusan perniagaan dan pemasaran perniagaan. Kelemahannya, anda mempunyai kebebasan yang lebih sedikit dan anda TIDAK dapat meraih sepenuhnya kepuasan hasil kerja anda.

Sekiranya anda membuat keputusan untuk bekerja sendiri sebagai tukang jahit, anda perlu meluangkan lebih masa berkenaan pemasaran dan pentadbiran. NAMUN anda mempunyai kebebasan dalam menetapkan had jam kerja dan syarat dan yang paling menguntungkan adalah kerana anda dapat menyimpan lebih banyak pendapatan anda.

Antara keperluan lain yang perlu anda titik beratkan dalam membuat keputusan untuk bekerja sendiri adalah anda perlu mengkaji keperluan undang-undang dan kewangan SEBELUM memulakan perniagaan anda sendiri. Pastikan perniagaan anda didaftarkan, terutamanya di Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan anda berpeluang untuk memohon bagi mendapatkan pembiayaan di masa hadapan.

Dalam merancang untuk bekerja sebagai tukang jahit dan bekerja untuk orang lain, anda harus persiapkan portfolio. Kembangkan portfolio anda, ia harus merangkumi gambar dan contoh hasil yang telah dilakukan termasuk perkhidmatan alteration atau hasil reka bentuk fesyen. Portfolio ini boleh menjadi aset yang amat beharga ketika anda memohon pekerjaan dan mencari pelanggan. Letakkan sekali secara terperinci untuk setiap hasil kerja anda seperti lakaran reka bentuk bermula dari awal hingga ke hasil akhir bagi memastikan segalanya mudah difahami. Dengan cara ini, portfolio anda dapat menunjukkan anda adalah tukang jahit yang serba boleh dan mempunyai bakat yang lebih menarik berbanding tukang jahit yang lain.

Sertailah mana-mana gabungan organisasi profesional yang mana terdiri daripada tukang jahit dan mereka yang berada dalam industri pakaian. Ini amat penting bagi memastikan anda mendapat sokongan dalam berkongsi sebarang permasalahan dan memudahkan anda untuk mendapat sumber pendidikan tambahan secara tidak langsung.

Manfaatkan iklan tradisional seperti iklan surat khabar dan iklan secara digital dalam mencari peluang kerja pertama anda sebagai Tukang Jahit; seperti penggunaan akaun media sosial dan laman web perniagaan. Dan yang paling penting anda tidak boleh memandang rendah terhadap iklan “dari mulut ke mulut”, kerana pelanggan yang gembira akan kongsikan pengalaman mereka berkenaan segala yang anda lakukan dan menyebarkan berita berkenaan perniagaan anda dan begitu juga sebaliknya.

Dan akhir sekali, ketahui apa yang anda harapkan. Bekerja sebagai tukang jahit amat memberi manafaat. Pada awal, anda akan berpendapat yang mana bidang tukang jahit tidak akan memberi harapan untuk anda menjadi kaya tetapi dengan tingginya kemahiran yang anda miliki dan kekemasan jahitan yang anda berikan, anda boleh menjana kewangan jauh lebih banyak setanding perniagaan hebat yang lain.