Promosi Seni Digital
Promosi Seni Digital RAYA 2020
Menjelang raya, ramai diantara kita yang inginkan kelainan. Ada yang nak baju kurta seperti Aaron Aziz, ada yang nak baju kebaya berseluar seperti Dato Seri Siti Nurhaliza Cindai lah mana dan ramai lagi. Tetapi bila sampai nak ceritakan kepada tukang jahit kegemaran anda, mereka terpinga-pinga untuk faham apa sebenarnya yang anda mahukan.
Kan mudah kalau ada seseorang yang boleh lukiskan dengan kemas berkenaan baju idaman anda, secara tidak langsung memudahkan tukang jahit kegemaran anda untuk menyediakan dan sekaligus mengurangkan kesilapan pada hasil akhir nanti.
Jika anda adalah pelajar, tukang jahit, designer atau peniaga yang memerlukan perkhidmatan lukisan seni digital, kerja anda akan lebih mudah.
Anda cuma perlu beritahu kami dengan terperinci bagaimana rekaan yang anda inginkan, juga lebih mudah jikalau anda boleh sediakan lakaran kasar dan kami akan memperkemaskan stroke dan line art tersebut dengan lebih terperinci.
Harga tidak mahal dan sangat berpatutan. Ia bermula dengan RM10, dengan harga ini anda akan dapat lukisan gambaran baju kegemaran anda dengan detail, kami pasti anda akan berpuas hati.
Masa yang diambil tidaklah lama, insyaAllah dalam masa 24 JAM anda akan mendapat hasil lukisan yang diinginkan tersebut- bergantung juga kepada jadual tempahan lukisan seni oleh pelanggan lain. Anda disarankan untuk menyemak jadual masa kami terlebih dahulu jika anda inginkan lukisan tersebut dengan kadar segera.