Servis
Sulaman Kerawang
Serikan rekaan idaman anda dengan menambahkan Sulaman Kerawang sebagai perincian.
Lebih tradisonal dan Esklusif juga menarik perhatian mata yang memandang.

Inginkan perincian klasik?
Ramai pelanggan kami meminati seni sulaman ini, walaupun nampak klasik namun ia sangat cantik dan berseni. Berbanding dengan manik, kilauan manik memang menarik perhatian tatapi setiap pelanggan ada alasan tersendiri, contoh kenapa salah seorang pelanggan kami akan kerap meminta khidmat jahitan sulam dari kami adalah kerana mudah nak dukung anak beliau, boleh kata kalau manik nanti mencalarkan kulit anak beliau pula.
Sulam Tampal
Antara sulam yang kami sediakan adalah sulam tampal. Teknik ini kebiasaannya dilakukan bagi menjahit lace ke atas baju supaya kelihatan lebih kemas berbanding di jahit sembat menggunakan tangan.


Kerawang
Sulam kerawang pula begitu klasik namun sekarang dah makin ramai anak muda yang mula sukakanya, katanya gabungan warna nampak menarik seperti menghidupkan lagi motif pada baju tersebut. Rata-rata pelanggan yang menghantar baju kosong kepada kami untuk dijahitkan baju akan meminta manik kerawang ini.

Bukan Baju Sahaja
Jahitan sulam tidak terhad kepada baju mahupun kain sahaja, hinggakan untuk telekung dan tudung juga kami sedia untuk memberikan khidmat sulam ini. Kebiasaannya jika musim bertunang dan kahwin, pengantin wanita wajib akan meminta saya untuk lakukan sulam selain di baju atau dress mereka, mereka juga inginkan sulam di bahagian vail mereka bagi menimbulkan kesinambungan untuk keseluruhan rekaan tersebut.