Panduan memilih tukang jahit untuk majlis bahagia anda

Memilih tukang jahit yang mempunyai banyak pengalaman dalam bidang jahitan dan dapat memahami apa yang anda kehendaki untuk busana rekaan impian akan memberi kesan bagaimana hasil yang akan dipakai oleh anda dan cara pembawakan baju yang telah siap itu nanti. Pembawakan baju oleh anda akan membuatkan anda lebih bertambah keyakinan terhadap diri sendiri dan akan memberi kesan terhadap mereka yang memandang anda.

Dress peplum digayakan bersama seluar oleh artis tempatan wanita manakala kemeja digayakan bersama seluar oleh pereka fesyen tempatan
Zulfadli Nasir (pemilik kedaijahit.com) bersama Nieyl Mentor TV3 menggayakan rekaan beliau di majlis Hari Setiausaha di Hotel Pasific, Kuala Lumpur.

Sama ada anda hanya perlukan untuk memperbetulkan satu butang, mengubah suai seluar seperti memendekkan atau mengecilkan tukang jahit akan membuatkan sama ada anda kelihatan sangat bagus mahupun akan merosakkan segalanya. Pada saat ini tugas tukang jahit semakin sukar kerana tukang jahit yang betul-betul mahir amat sukar dicari. Namun setelah anda menjumpai tukang jahit yang betul-betul sesuai dengan anda semestinya mereka tersangat sibuk.

Ramai orang tidak mahu untuk meluangkan masa mahupun kewangan mereka untuk mencari mereka yang mempunyai skil tukang jahit yang sangat bagus dan pengalaman semestinya berkenaan jahitan. Pada akhirnya, kelebihan dalam mencari tukang jahit yang bagus hanya sia-sia.

Fabrik saree berwarna merah jambu diserikan dengan perincian lace berkristal emas dengan panduan memilih tukang jahit yang betul anda akan lebih yakin untuk rekomendasi kepada rakan dan keluarga
Tempahan raya menggunakan fabrik jenis Saree untuk dibuat baju kurung sekeluarga. Setelah anda menentukan beberapa panduan memilih tukang jahit yang betul anda akan lebih selesa untuk perkenalkan kepada rakan mahupun keluarga.

Tukang jahit yang bagus akan mengubah cara anda rasakan setiap potongan dari segi pembawakan baju tersebut dan cara anda mempersembahkan diri anda kepada mereka yang memandangnya.

Mereka merasakan keselesaan anda dengan mengenakan potongan yang sesuai pada badan anda adalah tanggungjawab mereka.

Memilih tukang jahit yang sesuai adalah satu keputusan yang sangat peribadi. Ramai pelanggan memakai baju yang tidak mengikut saiz berbanding yang sesuai kerana mereka tidak mahu membayar lebih ataupun mungkin mereka tidak mengenali mana-mana tukang jahit yang sesuai untuk membantu mereka.

Memakai baju yang tidak mengikut potongan sesuai dapat memberikan pandangan yang tidak manis seperti anda tidak peduli bagaimana cara pembawakan diri anda atau bagaimana orang lain melihat diri anda. Berbanding pula untuk busana yang menepati potongan bentuk badan anda bukan sahaja memberikan rasa yang berlainan ketika ia dipakai tambahan pula ia akan merubah cara setiap langkah dan pembawakan ketika anda memakai baju tersebut. Berikut adalah beberapa langkah memilih tukang jahit yang mungkin dapat membantu anda dalam membuat keputusan sama ada tukang jahit tersebut sesuai untuk anda mahupun stail anda.

Penyelidikan amat penting dalam panduan memilih tukang jahit

Sebelum anda berbelanja duit dalam melakukan ubahsuai setiap busana anda harus melakukan penyelidikan terlebih dahulu berkenaan tukang jahit tersebut. Google review di kawasan terdekat anda akan membantu anda dalam membuat keputusan mana satu tukang jahit yang bagus berlandaskan review oleh pelanggan mereka terdahulu. Setidaknya tanyakan kepada keluarga mahupun rakan di mana mereka selalu hantar baju mereka untuk diubahsuai. Tiada lagi yang lebih baik berbanding rekomendasi daripada mereka yang anda lebih percaya.

Model memakai dress bunga 3d berwarna putih manakala pereka fesyen memakai baju berwarna hitam di belakang pentas pementasan
Zulfadli Nasir (pemilik kedaijahit.com) bersama model di belakang pentas peragaan di Mandarin Oriental, Kuala Lumpur.

Teknik komunikasi

Anda adalah bertanggungjawab untuk membawa pakaian tersebut di badan anda jadi ia sangat praktikal untuk mencari tukang jahit yang betul-betul dapat memahami apa yang anda inginkan. Apabila sahaja anda telah memberi kesan terhadap tukang jahit yang anda inginkan, pastikan anda mempunyai komunikasi yang bagus dan mudah untuk bekerja dengan mereka. Sama ada anda berhubung melalui WhatsApp ataupun telefon pastikan mereka memahami dengan tepat apa yang diinginkan oleh anda dan lihat sama ada mereka betul-betul dapat memahami setiap perincian yang anda inginkan.

Tanya soalan salah satu cara mendapatkan panduan memilih tukang jahit

Beri perhatian sama ada mereka telah memaksa anda untuk anda melakukan potongan mahupun perincian yang anda tidak berminat. Pastikan mereka sekurang-kurangnya meluangkan masa lima hingga sepuluh minit untuk bercakap dengan anda walaupun keadaan mereka yang sedang sibuk. Anda harus memastikan mereka sangat bersedia untuk bekerja dan belajar berkenaan permasalahan yang anda alami berkaitan busana tersebut dan bagaimana solusi yang cuba diketengahkan oleh tukang jahit tersebut untuk mendapatkan apa hasil akhir yang anda inginkan. Cuba untuk memahami tukang jahit tersebut berkenaan stail kerana setiap tukang jahit akan berbeza kerana perbezaan generasi dan budaya.

Ia sangat penting untuk meminta contoh hasil kerja daripada tukang jahit tersebut berkenaan baju angkat nikah mahupun baju bersanding atau sekadar baju raya yang telah dijahit oleh tukang jahit tersebut terutamanya berkaitan dengan jahitan yang anda inginkan. Untuk rujukan seperti potfolio terdahulu mereka juga awak penting untuk anda membuat keputusan sama ada anda mahu ataupun tidak mengeluarkan duit anda di tukang jahit tersebut.

Ketersediaan

Untuk tukang jahit yang bagus kebanyakkannya mereka agak sibuk dan kebiasaannya mereka ada banyak lebihan kerja berbanding daya mereka untuk menyiapkannya. Tugas anda adalah memastikan sama ada mereka boleh menyiapkan tempahan anda seperti ubahsuai memotong atau mengecilkan seluar anda siap dalam tempoh masa yang anda inginkan.
Kebanyakan tukang jahit akan mengutamakan kecemasan, ini secara tidak langsung dapat menaikkan kesetiaan pelanggan terhadap hasil kerja mereka namun harus diingat anda harus perhatikan bilakah tempoh masa yang diberikan dan anda ingin ia disiapkan.

Lace pewarna putih diserikan dengan manik berwarna emas di hiaskan pada veil untuk hari persandingan dalam memastikan hasil yang maksima panduan pemilihan tukang jahit juga amat penting
Lace yang akan dilakukan sulaman kerawang tampal bagi mencantum lace kepada veil yang akan digayakan pada hari persandingan

Beri percubaan untuk rekaan idaman anda

Berikan tukang jahit tersebut untuk baju lama anda dan anda tidak kisah jika mereka merosakkan baju atau busana tersebut kerana sekadar untuk menguji skill jahit mereka dan melihat sama ada mereka dapat memberikan apa yang benar-benar anda inginkan. Tukang jahit yang bagus akan memastikan apa yang anda ingin lakukan ubahsuai diikuti dengan tepat dan secara langsung memberi rekomendasi bagaimana untuk menaiktaraf sesuatu tugasan tersebut untuk betul-betul sesuai dengan anda dengan sempurna.

Sulaman kerawang berwarna putih dijahit di atas baju kurung moden
Sulaman kerawang bermotifkan lace dijahit pada baju raya menimbulkan kelainan berbanding corak sulam yang biasa

Akhirnya, anda harus mengikut kata hati anda. Tukang jahit tersebut dapat memahami segala kehendak anda dan membuatkan anda berasa selesa. Anda akan dapat untuk memberitahu seseorang itu cuba melakukan ubahsuai baju anda dengan bagus atau sekadar ingin mendapatkan duit anda.

Jangan terburu-buru, terangkan dengan jelas apa ubahsuai atau rekaan idaman yang anda inginkan
Lace berwarna putih dijahit menggunakan teknik sulaman kerawang tampal dan panduan memilih tukang jahit yang betul amat penting
Sesi menjahit lace menggunakan teknik sulaman kerawang tampal bagi melekatkan lace pada dress baju bersanding. Penerangan yang tepat kepada tukang jahit sedikit sebanyak dapat membantu tukang jahit memahami apa yang dikehendaki oleh anda.

Berkenaan dengan kewangan, ia haruslah menjadi titik-tolak yang paling akhir dalam mencari tukang jahit yang bagus. Jika penghujungnya anda jimat 30 di satu tempat tapi mereka tidak memberikan sesuatu yang anda inginkan semestinya anda akan lebih banyak menghabiskan duit di masa akan datang.

Andai kata tukang jahit tersebut telah melepasi segala ujian yang telah anda berikan, jangan lupa untuk datang kembali kepada tukang jahit yang sama dengan tempahan yang lebih susah untuk diubah suai. Ini secara tidak langsung yang dapat membina hubungan yang baik di antara anda dan tukang jahit tersebut dan dapat membantu anda tentukan juga sama ada beliau mudah untuk berkerja sama di masa akan datang dengan memahami lebih lanjut apa yang sebenarnya anda inginkan dalam menjayakan tugasan kali ini.